Wanita Semasa

Putihkan Kulitmu Dengan Masker

Hasil alam semula jadi boleh mencantikkan kita. Minyak zaitun dan air mawar dapat memberi rasa sejuk dan sangat efektif untuk melembutkan kulit.

Jika ingin kelihatan cantik sepanjang masa atau awet muda, seorang wanita hendaklah menjaga wajah sejak berusia 12 tahun. Penggunaan masker salah satu cara menegang, melicin dan memutihkan kulit.

Masker Wajah
Manfaat dari pemakaian masker adalah untuk menyegar, memperbaiki serta mengencang kulit wajah. Selain itu melancarkan peredaran darah, merangsang sel-sel kulit dan pembersih paling efektif.

Masker Kulit Normal
Untuk kulit normal buah-buahan yang baik yang dapat di gunakan antara lain, ketimun, wortel, papaya, kentang, tomato.

Masker Kulit Kering
Untuk kulit kering biasanya menggunakan pisang, alpukat dan buah-buahan lain yang mengandung zat tepung.

Masker kulit berminyak
Untuk kulit berminyak jeruk nipis dan nenas. Selain buah-buahan masker boleh dihasilkan daripada madu, putih telur atau kuning telur.

Cara penggunaan masker
Masker dioleskan pada wajah dan leher dengan gerakan ke atas, rata dan sama tebalnya. Jangan sampai terkena bahagian mata dan kulit. Sebelum mengangkat dan membersihkan masker, lembabkan wajah dengan air suam supaya kulit tidak terasa kering. Ketika memakai masker jangan berdiri, duduk atau berjalan-jalan, tetapi lakukan dengan posisi tidur dan dalam keadaan rileks.

Memakai masker sebaiknya dalam 10-15 minit sahaja. Ketika sedang menggunakan masker, jangan tertawa atau bercakap atau bergerak kerana mengganggu pemakaian masker. Ketika mencuci masker gunakan span yang direndam dalam air panas kemudian baru menggunakan ais batu.

Masker biasa
Untuk kulit normal. Pemakaiannya tergantung dengan bentuk wajah.

Masker Pemutih
Digunakan untuk kulit bernoda hitam, masker ini bersifat memutihkan kulit.

Masker timun
Untuk kulit kering terkena sinar matahari masker parutan timun sesuai untuk menghalus dan mencegah kedutan pada wajah. Kalau untuk urusan kecantikan, biasanya timun digunakan pada mata yang sembab. Tetapi timun lebih berfungsi sebagai tonik atau penyegar. Sekiranya anda rajin memakainya maka wajah terhindar daripada jerawat, komedo serta mencegah penuaan dan kekeringan kulit. Dicampur dengan masker bengkuang untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa jerawat.

Masker Jeruk Nipis
Digunakan pada wajah yang banyak bintik-bintik hitam.

Masker Pori
Masker untuk kulit berpori-pori besar dan berminyak. Dicampur dengan sedikit masker bengkuang dan air boleh menghalus dan melicinkan kulit

Masker Jerawat
Masker untuk kulit yang berjerawat.

Masker Susu
Gunanya untuk kulit yang kering dan halus, memupuk serta memutihkan kulit.

Masker Telur
Gunanya mengencangkan kulit yang berminyak dan kendur.

Masker Kentang
Dicampur dengan masker bengkuang dan air mawar sehingga menjadi krim. Hasilnya dapat melembut dan memutihkan kulit.

Bengkuang
Dicampur dengan air mawar, memiliki khasiat memutih dan menghilangkan tanda hitam dan pigmentasi pada kulit.

Selain penggunaan masker pengelupasan satu cara memutihkan kulit tanpa menimbulkan kesan sampingan malah kulit menjadi halus dan segar. Cara sederhana yang boleh dipakai dengan menggosokkan tumbukan biji-bijian (beras, biji gandum), kunyit, kayu cendana dan beras ke seluruh badan. Biarkan 20 minit kemudian bilas dengan air bersih. Hasilnya kulit lebih ringan, lembut dan putih.

Mandi susu
Untuk bakal pengantin mandi susu sangat berkesan untuk memutihkan kulit. Biasanya menggunakan susu haiwan seperti sapi atau kambing. Mandi lumpur pula menggunakan rempah-rempah yang dihaluskan berwarna hitam. Mandi dengan air susu setengah jam urutkan badan anda akan terasa kesegarannya. Kulit menjadi putih dan licin.

www.wanitakini.net

Rahsia Jadi Ayah Yang Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen `penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

  1. Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
  2. Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
  3. Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.
    (Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

  • Bapa yang komited dan bertanggungjawab

    * Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

    * Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga.

    * Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.
  • Anda bukan hanya bertugas di luar
    Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

    Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
  • Kenali anak anda.

    * Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda.

    * Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.

    * Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

    Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka
  • Istiqamah (tetap pendirian)
    Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

    Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
  • Melindungi, menyara dan mendoakan.
    Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
  • Mencintai ibu mereka.
    Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

    Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.
  • Menjadi pendengar yang baik

    * Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.

    * Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan.

    * Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.

    Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.

    * Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama.

    * Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah.

    * Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid.

    * Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

    www.tranungkite.net

Isteri Tahanan ISA Rayu Benarkan Jumpa Suami Aidilfitri Ini Melalui Suhakam

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) – Isteri kepada enam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), merayu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk memastikan mereka dapat bertemu dengan suami masing-masing pada hari raya nanti.

Mereka membuat rayuan dan aduan sedemikian berikutan pihak penjara Kem Kamunting, Perak dikatakan mengeluarkan peraturan baru secara tidak rasmi iaitu hanya akan dibenarkan bercakap dengan tahanan melalui telefon.

Menurut Sles Monira Sles Math, isteri salah seorang tahanan, Nik Adli Nik Aziz, beliau berharap sangat Suhakam campurtangan dalam hal berkenaan.

“Disebabkan peraturan baru itu, suami saya minta saya dan anak-anak jangan melawatnya, takut anak-anak sakit jiwa sebab tak dapat jumpa dia,” katanya di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Dr Munir Yaakob semasa beliau menyertai rombongan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya semakin lama suaminya ditahan peraturannya makin longgar sebaliknya makin ketat.

Oleh kerana itu katanya, beliau amat berharap suaminya yang ditahan empat tahun lalu dibebaskan segera.

Lima lagi isteri-isteri tahanan yang hadir ialah Norlaila Othman, Norani Abdul Rahman, Wan Hamidah Wan Abdul Hamid, Siti Munawiyah dan Roselina Abdullah.

Kebanyakannya juga meluahkan isi hati kepada Suhakam mengenai nasib suami.

Ini kata mereka, tahun sebelum ini pihak kem menyediakan khemah lengkap dengan kerusi meja untuk tahanan dan keluarga berinteraksi dengan selesa bersama keluarga masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, yang mengetuai rombongan tersebut berkata, berita itu pasti mengecewakan tahanan dan keluarga kerana Aidilfitri yang disambut lebih kurang seminggu lagi adalah perayaan utama umat Islam.

Malah katanya, semua 70 tahanan ISA yang beragama Islam di kem tersebut sedang menanti saat-saat gembira hari kebesaran Islam bersama keluarga.

Walaupun tidak pasti sama ada kenyataan kem itu benar atau tidak namun katanya, sejak Disember 2004 pertemuan tahanan dan keluarga dipisah oleh jaring besi dan gentian kaca (fiber glass).

Katanya, mereka hanya boleh berbual melalui 24 lubang sebesar siling 50 sen, selepas dikatakan tahanan merusuh.

“Sepanjang tahun 2005, pihak berkuasa kem mengeluar pelbagai peraturan baru yang menyusahkan keluarga tahanan.

“Tetapi apabila isteri tahanan merujuk kepada Pengarah Kem, beliau menyatakan, terpaksa mengikut arahan pihak atasan,” katanya.

Sehubungan itu beliau mendesak Suhakam memastikan pada hari raya tahanan sewajarnya diberi peluang untukmerayakannya dalam suasana yang selesa sebagaimana dianjurkan terhadap semua umat Islam.

“Merujuk kepada laporan tahunan 2003, Suhakam ada mencadangkan supaya pertemuan tahanan dengan keluarga tidak dipisahkan oleh jaring,” katanya sambil meminta kesemua tahanan dibebaskan segera.

Dalam pertemuan tersebut GMI juga turut menyerahkan dua memorandum iaitu bertajuk, ‘Kembalikan Hak Lawatan Keluarga’ dan ‘Apa yang Hendak ‘Dipulihkan’.

Dalam pada itu, Dr Munir berkata, setelah selesai penyiasatan dilakukan, Suhakam akan membuat pertemuan dengan Ketua Pengarah Penjara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya akan minta minta pegawai saya untuk hubungi hari ini dengan Ketua Penjara, bila dia boleh bagi temu janji untuk saya berjumpa dengan dia sendiri, bukan melalui telefon,” katanya selepas kepada media selepas selesai majlis tersebut.

Katanya, beliau akan berbincang dengan pihak penjara bagaiman boleh berlaku sebagaimana didakwa oleh isteri-isteri tahanan dan katanya Suhakam lebih suka dengan apa yang dipraktikkan sebelum ini diamalkan. - Roy Rasul

Nigeria's Unheard Voices: Widespread Violence Against Women In The Family


"The day my daddy called me a prostitute, I decided to leave… he just said if I leave the house all his problems would be solved. I left that day.”

This 14-year-old girl had been molested and verbally abused by her father for months. The day she left the house, she was raped by a stranger after hours of wandering in Lagos. When she returned home later, a friend of her father who was staying at the house also raped her.

When Amnesty International (AI) met her in November 2004, she was six months pregnant and living in a shelter for abused women. She told AI she wants to go back to school.

Violence against women in the family in Nigeria is widespread and multifaceted. Violence can be physical, psychological and economic. Husbands, partners and fathers are responsible for most of the violence, and in some cases, employers of domestic workers; women in the extended family are also often complicit.

Violence against women is not addressed and treated with the seriousness that the issue requires. One human rights defender told AI: "My cousin is beaten up by her husband every second because he suspects her of having an affair. My cousin has told me to stay away and not report the case to the police although he almost killed her once. She thinks her husband’s extended family supports him and will exonerate him if she reports it."

There are no laws specifically criminalizing violence in the family, either at the federal or state level. Victims of such violence can only bring charges of common assault. The police often dismiss these cases as "a family issue" and tell the parties to "go home and settle the problems".

Every day women are subjected to physical violence in Nigeria. They are hit, raped and even murdered by members of their family. However, the lack of official statistics on gender-based violence makes it almost impossible to estimate the extent of the problem. Patricia Azuka Ani, from Lagos, died in December 2000 from her injuries after her husband beat her and threw her from the first floor of their house. He was never brought to justice and remains a free man.

Under international human rights law, states must ensure women's rights to equality, life, liberty and security, as well as freedom from discrimination, torture and inhuman and degrading treatment. They must provide women with redress and reparation when these rights are abused. AI considers that the Nigerian federal government has done nothing to protect victims of violence in the family, including failing to reform laws that discriminate against women.

However, in Lagos State, a draft bill on domestic violence is currently before the House of Assembly, and, if enacted, would be the first state-level legislation on violence in the family, including criminal and civil remedies. This would be a step in the right direction and would set an inspiring example for the rest of the country. Nigeria must ensure that women's voices are heard.

AI will shortly be issuing a report, Nigeria: Unheard voices (AFR 44/004/2005), on violence in the family in Lagos State, as part of its campaign to stop violence against women in Nigeria.

Untungnya Jadi Seorang Muslimah

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya".
"Kasihnya Tuhan kepada wanita!"
Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam.Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai,berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri. Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka.

Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita.Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada secara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza.

Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'.

Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya.

Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu."
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu?

Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim) Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian tubuh wanita dianugerahkan nama yang mulia dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'.

Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita.

Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan. Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka.

Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi pahala yang berterusan wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya.

Mereka kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu. Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat sepanjang dia dalam keadaan nifas.

Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya. Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Senarai Kebaikan dan Keburukan

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.
`
Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.
`
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut."Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia....."
`
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
`
Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. " Saya akan mulakan dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir....."Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya."Oh..tak apa, teruskanlah sayang..." jawab suaminya.
`
Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia"Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis".Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku,sayang...."
`
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya...Ia menunduk dan menangis.
`
Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kesukacitaan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita?
`
Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.
`

WOW! Fauziah Pemandu ERL


Fauziah membuktikan bahawa wanita juga boleh melakukan tugas yang dahulunya dipolopori oleh orang lelaki...
(Terima kasih kepada Pengurus Operasi ERL Maintenance Support Sdn Bhd (E-Mas), James Leonard Boudville)
`
Wanitakini sungguh bertuah. Melalui Pengurus Operasi ERL Maintenance Support Sdn Bhd (E-Mas), James Leonard Boudville, kami bertemu pemandu ERL Fauziah Md Yunus, 35, di KL Sentral. Setelah saling berkenalan kami dibawa ke stesen ERL bagi mengikuti bidang tugas pemandu ERL. Tepat 11.20 keretapi bergerak menuju destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di sini bermulalah kerjaya Fauziah sebagai pemandu tren membawa 156 penumpang. Dengan kelajuan 160 km sejam Fauziah perlu memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang. Setiap 30 saat Fauziah perlu memijak pedal (jika tidak lampu amaran menyala sendiri) yang menyambungkan dengan sistem komputer untuk kelancaran perjalanan. Jika berlaku kecemasan pemandu akan memberhentikan tren dengan menekan butang dead man control.
`
Tampak mudah saja tetapi sebenarnya menguji keupayaan mental dan fizikal apatah lagi pemandu wanita yang tidak diyakini kemampuannya oleh kaum lelaki tetapi Fauziah cekal melakukan tugasnya kerana baginya tiada perbezaan pemandu lelaki atau wanita.
`
Bagaimana Fauziah boleh menjadi pemandu ERL?
Tidak pernah terfikir pun kerana ia bukanlah kerjaya sesuai untuk wanita. Tetapi selepas terbaca iklan di akhbar mengenai kerjaya ini saya teruja mencuba. Saya terus menghantar borang kemudian dipanggil untuk temuduga.
`
Adakah sebab utama untuk menyaingi lelaki?
Penyertaan saya bukan menyaingi lelaki tetapi lebih kepada merasai cabaran sebenar memandu ERL. Sebelum ini hanya melihat sahaja pemandu keretapi atau komuter menjalankan tugas mereka. Pada mulanya saya tidak menyangka penyertaan terbuka kepada wanita. Saya sekadar ingin mencuba nasib apatah lagi pengalaman bekerja menangani karenah pengguna di bahagian pentadbiran syarikat swasta 11 tahun, semakin membosankan. Dahulu saya terpaksa berurusan dengan orang ramai menangani kerenah mereka yang adakala memeningkan kepala. Saya terfikir mahu beralih bidang, apabila iklan disiarkan di akhbar saya tidak teragak-agak mencuba. Lagi pun saya sukakan cabaran apatah lagi melihat juruterbang wanita boleh melakukannya hati saya meronta-ronta mencuba, setelah lulus ujian bahasa Inggeris, kecerdasan dan sihat tubuh badan saya menjalani ujian teori dan amali di Salak Tinggi.
`
Bagaimana melalui ujian yang mencabar?
Dalam kedua-dua latihan, pemandu diajar bagaimana mengendalikan tren, mengawal tekanan dan memberi tumpuan kepada pemanduan. Pemandu perlu memberi tumpuan seratus peratus kerana mereka tidak boleh melebihi had laju yang diprogramkan dalam sistem komputer tren. Mulanya saya merasakan pekerjaan ini sukar kerana perlu menjaga keselamatan penumpang. Tetapi apabila memikirkan sokongan suami dan keluarga saya dapat bekerja tanpa sebarang masalah.
`
Boleh ceritakan rutin harian sebagai pemandu ERL?
Sebelum memulakan perjalanan, pemandu perlu datang 15 minit awal mengisi kehadiran dan mengambil jadual bekerja untuk seminggu dan sebulan. Sekiranya ada pertukaran penyelia akan memberitahu lebih awal kepada pemandu. Pemandu dibekalkan sebuah beg berisi lampu suluh, buku manual, baju hujan dan sticker untuk keselamatan penumpang. Setelah memastikan keselamatan saya memandu melalui stesen Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi (ibu pejabat) dan seterusnya ke KLIA, melalui laluan sejauh 57 km dengan perjalanan tidak melebihi 28 minit daripada KL Sentral ke KLIA.Sepanjang perjalanan pemandu perlu menumpukan sepenuh perhatian. Tidak boleh leka walau sesaat kerana keselamatan penumpang di tangan pemandu. Sekiranya berlaku kecemasan komputer telah diprogramkan untuk memberitahu isyarat kepada pemandu menerusi lampu merah atau hijau, keretapi akan berhenti. Adakala ada rasa gerun di hati lantaran,156 penumpang berada di dalam keretapi pada satu-satu masa. Saya perlu menjaga keselamatan dan keselesaan mereka sepanjang perjalanan.
`

Wardina Bersayu Hati Ramadan Ini...


Salam Ramadan
`
BERBADAN dua dalam bulan Ramadan membuatkan saya teringat kembali bulan Ramadan ketika saya mengandungkan Amna dulu. Ketika itu badan memang lemah, tak larat hendak berpuasa. Namun Islam agama indah dan mudah, yang tidak membebankan hamba-Nya. Ibu mengandung ada kelonggarannya, begitu juga ibu yang menyusu bayi. Memang waktu itu saya tidak dapat menikmati bulan puasa sepenuhnya tetapi itu tidaklah membuatkan saya tidak gembira menyambut Ramadan. Jika tidak larat dan memudaratkan, elok ibu-ibu tidak memaksa berpuasa. Kita ada sebab bukan saja-saja...
`
Bulan Ramadan selalunya saya dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa bersama. Bersama-sama solat jemaah terutama Subuh, Maghrib dan Isyak. Kemudian dengan berimamkan ayah kami bertarawih pula. Cukup indah suasana Ramadan dalam keluarga saya. Hubungan kekeluargaan bertambah erat dan suasananya tidak sama seperti hari-hari biasa. Ramadan memang ada auranya yang tersendiri.
`
Tetapi tahun ini saya agak sedih. Adik beradik berpecah serata dunia kerana belajar. Ada di London dan Australia. Emak menemani adik di Brisbane, ayah pula di Aceh, bekerja. Bermakna tahun ini saya berjemaah dengan suami dan keluarga mentua. Menumpang manja...
`
Sejak berumahtangga dan ada anak, saya dan suami berjemaah tarawih di rumah saja. Saya rasa lebih elok begitu. Kita dapat mengawal keadaan, yalah, dalam rumah kita. Kalau hendak juga ke masjid, nanti mengganggu jemaah lain pula. Kita bersembahyang, anak berjalan entah ke mana. Kita pun tidak boleh tumpukan sepenuh perhatian. Memang elok kita ajar anak mengenali suasana di masjid di awal usia mereka tetapi jangan sampai kehadiran anak-anak kita mengganggu orang hendak beribadah dan menimbulkan rasa marah di hati mereka. Hendak dapat pahala, jadi berdosa pula.
`
Saya sudah pun menghabiskan komitmen kerjaya seni demi menumpukan perhatian pada bulan mulia ini. Boleh dikatakan saya bercuti sepenuhnya bulan ini. Walaupun tidak larat berpuasa, itu tidak bermakna peluang mengumpul amalan di bulan mulia tidak saya lakukan. Itulah azam saya, mahu beribadat sebanyak-banyak yang boleh. Kalau boleh hendak habiskan satu al-Quran, Insya-Allah. Emak selalu berpesan, baca Quran selepas subuh, mulakan hari dengan ayat-ayat suci. Lagi pun ia waktu yang berkat. Insya-Allah saya akan cuba. Marilah kita sama-sama mengingat antara kita juga. Sebanyak manusia kita selalu lupa, atau kadang-kadang kena melakukan banyak perkara lain. Tetapi eloklah kita cuba sedaya upaya.
`
Badan pun nampaknya semakin mengembang sekarang. Tidak lama lagi membuncitlah perut saya. Baju lama masih boleh pakai tetapi sudah ketat. Bermakna saya kena bershopping 'uniform' mengandunglah nampaknya. Zaman mengandungkan Amna dulu saya tidak ada banyak baju mengandung, tidak begitu rajin membeli. Rasa malas saja, mungkin pembawakan anak perempuan. Kali ini saya lebih excited. Menengok baju-baju maternity yang banyak cantik-cantik, memang teringin hendak membeli. Ada beberapa helai sudah pun mengisi almari baju saya. Raya kali ini saya berbaju raya mengandunglah! Memang saya sekarang dalam mood hendak melawa.
`
Kepada pembaca semua, selamat menyambut bulan Ramadan. Marilah sama-sama kita melakukan ibadah sebanyak mungkin dan jangan membazir. Elok bersederhana saja. Jumpa lagi. wardina.wkini@gmail.com
`

Azizah Sertai Tadarus Al-Quran Sempena Ramadhan Di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 14 Oktober 2005 - Ahli Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa menyertai majlis Tadarus Al-Quran, bersama lebih 200 muslimat yang diadakan di sini, pagi Ahad lalu.
s
Majlis anjuran Wanita Keadilan bahagian itu diadakan sempena bulan Ramadhan di Rumah Ketua Wanita, Hajah Che Wa Harun.
s
Selain majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan zakat, berbuka puasa dan bersembahyang terawih di sekitar masjid dan surau di sini.
s
Azizah menunaikan solat terawih di Masjid Timah dan Masjid Bandar Baru Perda.
s
Selain itu beliau menyertai majlis berbuka puasa di Surau Kampung Petani dan di Masjid Tengah Berapit yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Zahrain Mohd Hashim.
s
Selepas bertadarus, beliau menyampaikan zakat kepada fakir di sekitar kawasan parlimennya.
s
Presiden Keadilan itu turut berkesempatan menziarahi sepuluh keluarga malang dan daif di samping menghulurkan bantuan peribadinya kepada mereka.
s
Tidak terkecuali beliau turut mengunjungi adik Rozana Saidin,21, yang lumpuh setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya setahun lalu. Kisah penderitaannya pernah disiarkan dalam rancangan “ Bersamamu TV3,” baru-baru ini.
s
Selain itu, sebuah keluarga petani Cina di Permatang Nibung yang terlalu daif turut mendapat simpati beliau.
s
Kok Kam,76, menjalani kehidupannya bersama isterinya, Lee Siew Eng,52, yang terencat akal dan sepasang anaknya berusia 25 dan 26 tahun yang turut mengalami nasib yang sama seperti ibu mereka.
s
Keadilan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu bagi meringankan penderitaan keluarga tersebut. - Zulkifli Mohamed

How A Teen Girl Turned To Allah

As most people do, I turned to Allah (SWT) and Islam during the hard times of my life. It's a sad fact of life. When times are happy and life is good, no one feels obliged to turn towards his or her Deen (religion). It's all about living the moment.
a
After I had turned towards Allah (SWT), I approached a friend in a very casual manner, trying to encourage her to also turn towards Islam. Her reply chilled my blood. "Right now, my life is good, I'm happy and I don't need any change."
s
I thought to myself, better bite your tongue. I wanted to shake her and say, "Would you really want some tragic event to happen before waking up to Islam?" Obviously no one in his or her right mind would want to do so, but subconsciously, I feel everyone does.
a
I was no exception to that. I was on the brink of depression, as a result of a series of events. Now looking back at it, it wasn't much, but being a teenager who had lost her sense of identity and purpose in life, it was the monster of all crises.
a
I had been separated from my best friends, snatched up away from my life and replaced in a place I had once called home. It was hard, and I was suffering. I used to find comfort, lying awake at night and staring at the stars, amazed at the fact that these were the same stars I stared at when I lived on the other side of the world.
s
My family, Alhamdu lillah (All Praise be to Allah), had all changed towards Islam in the past years. No one forced me to wear Hijab, and I didn't simply because I thought I wasn't ready. They did, however, expect me to dress modestly and most importantly offer my daily prayers.
s
My aunt used to take me to classes held nearby, and I went when I could. I was in pain and I didn't quite understand why. And it happened so that a particular topic at a class I had attended was on why pain and suffering happens. The teacher said that we are put through hard times as a test, to see how we cope with it. To see if we will turn towards Siratul Mustaqeem (the Straight Path), or away from it.
a
It was that day that I learned that every bit of pain we endure, both emotional and physical, alleviates us from our punishments in the hereafter. It was then that I started truly understanding the ways of Allah (SWT), how everything that happens has a purpose and that I was supposed to learn from that.
a
It's been almost three years since that period of my life. It took me a year and a half to actually start changing. I knew Islam, but I did not practice it the way a Muslim is supposed to. I thought I was happy, but deep down inside I knew that I was not.
s
I was a hypocrite, and as much as I tried denying it, I could not. It sank in and I accepted it and prayed that I find the right way. My conscience was not dead, but I had muted it. Before, I used to get the urge to start Hijab, yet I used to fight it. I performed Umra and I prayed continuously that the next time my conscience spoke to me, I would not only listen to it, but I would amplify it so that I could not ignore it.
s
Last Ramadan, late one night, Hijab got on my conscience and would not go away. I told myself that I was not ready, that there were many strings attached that I may not be able to fulfill, but with the right words from supportive friends I told myself that if I didn't start now, I would never start. And I believed that 200%. So I no longer had any excuse for not wearing Hijab. So, Alhamdulillah, I finally put on my Hijab on December 31st, 1999 at the age of 18, and have been wearing it ever since.
s
After a month or so, I realized that Hijab was not as big a deal as I had thought. It was not difficult in the least. To this day there has never been a moment that I regretted Hijab, and for that I am so grateful, Alhamdulillah. I immediately found many friends who also wear Hijab. These friends and my family were the greatest strength for my new found Iman (faith).
s
I occupied myself with more Masjid-oriented activities and attended more classes to increase my knowledge of our religion. I am grateful that I put my foot down and decided to start Hijab then, because had I not, who knows how long it would have taken for me to start.
s
How do I remember Allah (SWT) and His magnificent ways?
s
When I step outside and marvel at the beauty of nature. When I stop to play with a baby and see how perplexing, yet perfect, the precious cycle of life is. When I go out and people stop to say As-Salamu-Alaikum to me. When I study the Qur'an and the Hadith of our great Prophet Muhammad (SAWS) and how perfectly and completely it incorporates our lives and faith.
s
When I pass by my fellow sisters in Islam adorned proudly and confidently in their Hijabs. Everything reminds me of Allah (SWT), and I can feel my love for Him, our Prophet, and our religion grow by the time.
s

Muslimat Melaka Agih Bantuan Fakir Miskin Sebelum Raya

MELAKA, 12 Okt - Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka akan membahagikan barang-barang keperluan harian seperti gula dan beras kepada fakir miskin di seluruh negeri, sempena sambutan Aidilfitri, kata Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Hajah Kintan Man.
S
Beliau berkata sumbangan tersebut akan dibahagi-bahagikan pada minggu akhir sebelum ketibaan Aidilfitri.
A
Kata beliau sumbangan tersebut akan diuruskan oleh Dewan Muslimat kawasan masing-masing yang terdiri daripada enam kawasan iaitu Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah, Bukit Katil, Tangga Batu dan Kawasan Kota.
a
"Bagi pelajar yang sedang menuntut di luar negara seperti Mesir dan Jordan, akan diberi wang sagu hati sebanyak RM30 setiap orang. Bagi pelajar yang tidak pulang bercuti, pihak ibu bapa akan mewakilinya," kata Kintan.
a
Beliau berkata program tersebut akan dilaksanakan oleh Dewan Muslimat PAS di kawasan masing-masing.
a
"Dewan Muslimat PAS Melaka juga merancang untuk memungut dana infak Ramadan di setiap kawasan dan pendapatan 10 peratus daripada pungutan tersebut akan dibahagikan kepada Dewan Muslimat Negeri," kata Kintan.
s

Ibu Bapa Wajar Rancang Milik Anak

ILMU perancang kekeluargaan amat mustahak di pelajari untuk membentuk cara dan gaya hidup rumah tangga yang lebih progresif.
s
Perancang ini seharusnya dititikberatkan sebelum perkahwinan dilangsungkan termasuk dari aspek keturunan genetik dan pasangan setaraf.
s
Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Universiti Kerajaan Malaysia (HUKM), Dr. Harlina Halizah Siraj (gambar), berkata, Islam amat menuntut pasangan mahu berumah tangga melakukan perancangan dalam sesuatu tindakan sepanjang kehidupan kekeluargaan.
s
“Perancangan amat mustahak kerana ia memberi peluang kepada pasangan berumah tangga untuk memikirkan apakah persediaan dan komitmen mereka dalam sesuatu perkara.
s
“Tanpa perancangan, banyak kes menunjukkan mereka belum benar-benar bersedia hinggakan kadang-kadang ada yang mencetuskan pelbagai masalah kepada anak-anak.
s
“Perancangan keibubapaan ini adalah satu tanggungjawab berat. Anak mestilah dikehendaki, direncana dan dilayan dengan keadilan sosial serta psikologikal antara anak lelaki dan perempuan.
s
“Kita tidak mahu anak dilahirkan bukan mengikut perancangan bersama tetapi accident yang akhirnya menyebabkan pasangan gagal mendidik anak-anak sebagai anugerah Ilahi yang amat berguna,” katanya.
s
Pakar pendidik kanak-kanak, Profesor Abdel Rahim Omran, menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diutamakan dalam merancang kehidupan berumah tangga.
s
Panduan perancangan yang dinamakan A Ten Point Bill of Reproductive Health oleh beliau itu meliputi pemilihan pasangan, tanggungjawab keibubapaan dan pendidikan anak.
s
Antaranya, beliau menjelaskan bahawa setiap pasangan perlu mengambil kira kedudukan genetik pasangan sebelum berkahwin untuk mengelakkan perkahwinan saudara terdekat (consanguinity).
s
Selain itu, dalam proses kelahiran, anak pertama seeloknya lahir ketika ibu berusia 18 hingga 20 tahun, dan tidak ada lagi kelahiran selepas ibu berusia lebih 40 tahun. Abdel Rahim turut menyarankan agar kehamilan dijarakkan antara tiga hingga empat tahun.
s
Menjelaskan perkara ini, Dr. Harlina berkata, bilangan anak pula mesti ditentukan dengan mengambil kira kesihatan ibu dan keupayaan keluarga dalam mendidik generasi Muslim yang baik, sihat dan bertakwa.
s
Oleh itu katanya, kehamilan berisiko tinggi mestilah dielakkan dan jika berlaku, ia hendaklah mendapatkan jagaan pakar perubatan secara berterusan.
s
Ini kerana, jagaan kesihatan ketika hamil dan ketika melahirkan anak adalah wajib terutama untuk kehamilan pertama.
s
Ia antara lain bagi memastikan ibu berada dalam persekitaran baik dan memastikan tempoh penyusuaan ibu sebagai asas kesihatan bayi, bebas daripada kehamilan.
s
Kaedah kontrasepsi (mengelakkan kehamilan) pula mestilah dipilih selepas kaunseling perubatan dibuat dengan pemantauan berkala.
s
Dalam melakukan perancangan ini, Dr. Harlina mahukan aspek kemampuan dan keupayaan berkeluarga mesti ada pada setiap keluarga.
s
Keupayaan ini meliputi kemampuan fizikal (kesihatan dan kecergasan ibu), ekonomi, budaya (Menyediakan pendidikan sempurna), Keluangan masa dan juga kemampuan Sokongan komuniti (kelengkapan pendidikan, kesihatan, perumahan serta jagaan anak-anak).
s
Beliau berkata, bagi mencapai maksud ini, setiap pasangan perlu mempunyai asas ilmu kekeluargaan termasuk bersedia menambah dan mencari sumber ilmu berkaitan pendidikan anak dan pengurusan rumah tangga.