Wanita Semasa

Anak Adalah Anugerah Allah

Kemampuan suami isteri menghasilkan zuriat adalah satu anugerah yang amat besar sekali. Hanya apabila suami isteri itu tidak dapat menyempurnakan tugas ini, barulah kadang-kadang kita sedar betapa besar dan ajaibnya kekuasaan Allah S.W.T. Dengan itu ibu bapa wajar membuat persediaan yang secukupnya bukan sahaja daripada segi pakaian, dan tempat tidur anak ini tetapi juga persediaan ilmu agar anak dapat membesar dengan mejadi seorang manusia, khalifah di bumi Allah S.W.T.

Bagi anak, masa di dalam rahim ialah masa persediaan dan masa pertumbuhan. Setiap anak di dalam kandungan adalah bertuah kerana memperolehi resepi pertumbuhan yang secukup-cukupnya dan sering saya nyatakan dalam artikel-artikel sebelumnya iaitu oksigen, kasih sayang, stimulasi, makanan dan pemakanannya.

Saat perjalanan dari dalam rahim melalui faraj ibu ke dunia merupakan satu perjalanan yang membawa bersamanya pengalaman dan dengan itu pembelajaran yang baru dan kekal telah bermula. Ia merupakan satu ujian untuk ia boleh menghadapi dunia yang luas di luar rahim ibunya. Setiap anak itu berhak mengikut jalan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T ini iaitu faraj ibunya. (kecuali ada sebab-sebab tertentu). Setiap ibu dan ayah perlulah menyediakan jalan ini supaya ianya selamat dan berjaya.

Saat kelahiran merupakan permulaan hidup anak di dunia setelah berpindah dari alam yang selamat dan terjamin dalam rahim ibunya. Ikatan kasih sayang yang telah wujud dari dalam rahim mestilah disambung semula sebaik sahaja anak dilahirkan tanpa ada saat-saat yang mana ikatan itu terputus.

Pelukan ibu, usapannya, puting teteknya, air susunya, degupan jantungnya, bunyi perutnya, adalah penyambung kepada ikatan yang telah wujud dari dalam rahim ibu dan memberi anak rasa tenteram, rasa selamat, rasa disayangi. Inilah abjad-abjad emosi yang akan membentuk bahasa emosinya lebih awal daripada bahasa yang akan dituturkan. Abjad emosi ini perlu terus wujud di dalam persekitarannya apabila anaj tiba dalam kehidupan di dunia ini.

Suara ayah mengazankan ke telinga kanan dan Qamat ke telinga kiri anak pula merupakan suara yang pernah didengarnya sebelum ini semasa ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Suara yang dikenalinya sebagai suara ayah itu adalah juga suara yang mendorong sepenuhnya kepada kelahirannya. Peluk, cium dan suara sayang abang dan kakak menyebabkan ia rasa selamat, rasa tenteram dan rasa disayangi.

Senyuman anak dan suara tangisan yang nyaring serta gerak gerinya yang aktif, kesihatan yang sihat, pancaindera yang sempurna dan pernafasannya yang baik membayangkan bahawa ibu dan ayah telahpun memberi kepadanya resepi-resepi pembangunan dengan begitu baik sekali. Oksigen, makanan dan pemakanan serta stimulasi yang positif sepanjang ianya berada di dalam rahim, waktu di saat kelahirannya dan sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia Allah S.W.T.

Resepi pembangunan yang baik sebenarnya ialah dengan membangunkan otak anak ini dengan sebaik-baiknya. Pembangunan Anak adalah Pembangunan Otaknya. Anak yang membangun dengan baik akan membangunkan otaknya seterusnya menjadikan seorang yang berilmu, berfikiran positif, beriman dan beramalan. Banyak pakar-pakar telah bersetuju yang membolehkan manusia itu mendendar, melihat, menangis, bercakap, bergerak ialah otaknya. Penyelidikan juga telah dapat membuktikan apa yang telah sedia ada dalam Al Quran. Bahawa pembangunan manusia itu bertahap-tahap dan melalui kajian sains, pembangunan yang bertahap-bertahap itu ditentukan oleh pembangunan otak manusia itu.

Allah berfirman dalam Al Quran, Surah Al Mukminun ayat 14 yang bermaksud; “Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang , lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging, kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.”

Dibandingkan pula dengan apa yang telah diperolehi oleh pakar-pakar sains yang juga telah memperolehi dalil-dalilnya bahawa otak itu mula dibentuk dalam rahim ibu iaitu waktu janin berusia sepuluh atau enam belas hari. Pembinaan strukturnya lengkap waktu janin berusia tiga atau empat bulan dalam kandungan. Dari usia empat bulan dari dalam rahim ibunya, dilahirkan ke dunia pada bulan yang ke sembilan dan sehingga anak itu berumur enam tahun, ini masa otak menerima maklumat dan menyimpan maklumat seperti “sponge” dan dalam tempoh masa ini, ia merupakan tahap pembangunan fungsinya.

Masa pertama yang kritikal sekali bagi anak manusia dengan itu iala waktu pembinaan struktur otaknya dari sepuluh hingga enam belas hari sehinggalah tiga bulan di dalam rahim ibu. Tahap kedua kritikal ialah dari usia tiga hingga empat bulan dalam rahim ibunya sehingga ia lahir. Tahap ketiga yang kritikal ialah Pada saat kelahirannya otak telah mencapai tahap kematangan 25%. Tahap yang ke empat pula ialah dalam masa tiga puluh minit selepas kelahirannya. Masa-masa ini ialah masanya tercetusnya fungsi otaknya yang akan merekodkan ke dalam ingatannya, pengalaman-pengalaman yang bakal mencorakkan keperibadiaan dan perwatakan anak itu kelak.

Dengan itu, ibu yang mengandung wajar “ditatang seperti minyak yang penuh” oleh ayah bukan sahaja untuk kelahiran yang pertama tetapi untuk setiap kelahiran kerana ia bakal mencorak anak dalam kandungan dan semoga setiap ibu dan ayah dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan anak-anak yang baik yang akan menjadi insan yang kamil di hari muka. Insya Allah.

Oleh :
Dato’ Dr Noor Laily Bte Dato’ Abu Bakar
Chairman, Founder and Director
NURY Institute of Family & Child Development

Aktivis Wanita Dakwa Dibogel Polis Tetapi Shahrizat Perlekehnya

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Seorang wanita aktivis reformasi, Norashimah Mohd Noor (Nora) mendakwa pernah dibogelkan anggota polis lima tahun lalu ketika ditahan dalam Lokap Balai Polis Kapar.

Menurut Nora, meskipun beliau telah mengemukakan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada tahun 2000, tiada tindakan mahupun siasatan dibuat pihak berkenaan.

Malah lebih malang lagi ketika itu Menteri Pembangunan Wanita dan Luar Bandar, Dato' Seri Shahrizat Jalil menyatakan apa yang berlaku ke atas Nora semamangnya sesuatu yang berpatutan.

Shahrizat ketika itu dilaporkan sebagai berkata apa yang menimpa Nora berpatutan kerana itulah harga yang seharusnya dibayar Nora kerana kesalahannya, dakwa Nora yang merujuk kepada keratan akhbar yang melaporkan pendedahannya ketika itu.

Nora berkata demikian pagi tadi ketika ditemui selepas sidang media pendedahan kisah sedih beliau itu di lobi Bangunan Parlimen bersama Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan DAP.

Bercerita mengenai isu bogel itu Nora memberitahu, beliau telah ditahan polis pada 4 Januari 2000 ketika menyediakan peralatan untuk berniaga di tapak program perhimpunan 100,000 rakyat di Lebuh Raya Kesas, anjuran Barisan Alternatif (BA).

Nora yang juga ibu kepada empat anak berkata, sebelum sempat menyediakan tapak gerai, beliau, suami dan lima peniaga lain ditahan polis dan dibawa ke lokap untuk siasatan.

Menurutnya, ketika ditahan, polis tidak berhenti menyoal siasatnya berhubung penglibatannya dalam aktiviti reformasi.

Beliau turut mendakwa dimaki dan dicemuh anggota polis yang menyiasatnya ketika itu.

"Apabila tidak berpuas hati dengan penjelasan saya, polis mengarah saya menanggalkan pakaian. Tetapi saya menolak. Bagaimanapun saya diugut dengan pelbagai ugutan termasuk menyenaraihitamkan nama anak di sekolah kerajaan," katanya.

Berikutan ugutan yang melampau pihak polis itu, beliau akhirnya terpaksa menanggalkan pakaiannya sambil berdiri di atas 'pangkin'(meja) degan disaksikan 20 tahanan dan seorang polis wanita.

Lebih memalukan dakwanya, beliau diarahkan untuk melakukan 'pumping' sambil berbogel atas bangku sebanyak 10 kali.

Nora menyatakan beliau telah ditahan selama seminggu dan barangannya seperti dompet, kereta dan barang perniagaan hanya diserahkan kepadanya seminggu selepas dibebaskan.

"Tindakan ini sesuatu yang memalukan dan menghina saya. Walaupun telah dilaporkan tetapi penindasan ke atas saya tidak diendahkan atas alasan politik ketika itu.

"Bagaimanapun setelah saya mendengar laporan seorang wanita warganegara China diperlakukan sedemikian saya tampil untuk mendedahkannya semula," kata beliau.

Nora juga menyatakan rasa kesalnya terhadap sikap 'double standard' yang diamalkan kerajaan dalam isu bogel yang membabitkan beliau berbanding wanita China yang menjadi tumpuan media hari ini.

Malah pihak media katanya tidakpun memberi liputan kepada kisahnya itu memandangkan ketika itu isu itu dilihat sebagai isu politik dan polis bertindak menafikan dan bukannya mahu menyiasat.

Sementara itu beberapa minit sebelum sidang media melibatkan Nora dan Dr Wan Azizah itu, Nora dan rombongannya sempat bertemu dengan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Noh Omar untuk mengadu.

Bagaimanapun Noh hanya menyatakan bahawa sebarang isu mengenai layanan buruk polis hanya akn dijawabnya esok semasa pembentangan perbahasan bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Redhalah Jika Hidup Bermadu

Tulisan: Norzaimah

Kepada golongan isteri khasnya dan seluruh muslimat yang belajar untuk meletakkan penggantungan, harapan dan perasaan terhadap Allah semata-mata. Inilah maksud sebenar daripada kalimah 'Laa Illaha Illallah' (boleh rujuk kepada buku tulisan Dr Yusuf Qaradhawi bertajuk Masyarakat Islam yang Diidamkan, m/s 13). Ini merupakan tunggak dan sumber kekuatan yang membantu kita menghadapi apa sahaja dugaan yang Allah takdirkan untuk kita di dunia yang sementara dan tidak seindah mana.

Apabila ikatan kehambaan kita terhadap Allah sudah kuat, maka segala hukum dan takdir-Nya akan kita terima dengan hati terbuka dan penuh reha. Kita terima segala yang datang daripada-Nya walaupun nafsu amat kuat menentangnya. Dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai isteri umpamanya, kita harapkan secara mutlak bukan keredaan suami semata-mata tetapi paling keredaan Allah.

Mungkin kita berasa bahawa suami kita tidak layak untuk mendapat khidmat setia kita kerana lumrahnya, apa yang jelek pada suami kita itulah yang kita nampak lebih. Tetapi, kalau kita melakukan tanggungjawab kita hanya kerana Allah, walau berat rasanya, mudah-mudahan akan terasa kebahagiaan, hasil keikhlasan perbuatan kita itu.

Begitu juga jika ditakdirkan kita hidup bermadu, poligami hukumnya halal. Jika kita tidak mempunyai ilmu yang cukup seperti seorang mufti layak untuk memberi fatwa, maka kita tidak boleh mengharamkan perkara yang halal itu. Memang pun orang boleh kata 'cakap senanglah, tak rasa sendiri, mana tahu pedihnya'. Itu tidak kita nafikan.

Sekurang-kurangnya, jika orang sedang dilanda "drama poligami" ini mendengar, mudah-mudahan akan terdetik di hatinya walau sesaat akan pentingnya dia kembali kepada Allah. Biar orang lain yang belum atau tidak mengalami drama ini, akan juga faham betapa pentingnya belajar untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.

Pokok pangkalnya, kita kena renung diri kita sendiri. Yang penting, lihat betapa dalam atau cetek ilmu agama kita. Kita berusaha untuk menambah ilmu, dan usaha ini tidak sepatutnya berakhir selagi roh masih berada di dalam jasad. Jika suami tidak mampu membimbing kita, adalah menjadi kewajipan kita untuk mencari ilmu itu sendiri. Insya-Allah, jika kita teguhkan niat, Allah akan memudahkan usaha kita.

Ilmu akan membimbing kita untuk mengukuhkan hubungan dengan Allah, kepada-Nya kita mengadu nasib dan kepada-Nya kita berkhidmat. Insya-Allah, jika kita jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan sesama makhluk juga akan beres secara automatik. Usahlah kita sibuk memperjuangkan hak keduniaan jika hak Allah sebagai Tuan masih lagi diabaikan.

(Saya tidak maksudkan di sini bahawa kita hanya perlu berserah sahaja tanpa berusaha untuk mengubah nasib. Yang saya tekankan pengukuhan hubungan dengan Allah dan jika ini dapat dicapai, segala yang lain akan datang sekaligus. Jadi, jika kita berusaha untuk mengubah nasib, lakukan dengan berpandukan batasan-batasan yang Islam tetapkan.)

Wallahua'lam. Wassalaamu'alaikum.

www.wanitakini.net

Tips: How To Be a Successful Muslim Wife

If you don't understand any of these, I invite you to a meaningful, enlightening dialogue to dispel any doubts. Please do e-mail me. Please do not carry around with you wrong impressions. Wrong impressions can be and have been fatal.

1. Use your 'Fitnah' (beauty and overtures of allurement) to win the heart of your husband.

All women have the ornaments that Allah blessed them with . Use the beauty Allah - Azza wa Jal - has bestowed you with to win the heart of your husband.

2. When your husband comes home, greet him with a wonderful greeting.

Imagine your husband coming home to a clean house, an exquisitely dressed wife, a dinner prepared with care, children clean and sweet smelling, a clean bedroom - what would this do to his love for you? Now imagine what the opposite does to him.

3. Review the characteristics of the Hoor Al-Ayn and try to imitate them.

The Qur'an and Sunnah describe the women in Jannah with certain characteristics. Such as the silk they wear, their large da rk eyes, their singing to their husband, etc. Try it, wear silk for your husband, put Kohl in your eyes to 'enlarge' them, and sing to your husband.

4. Always wear jewellery and dress up in the house.

From the early years, little girls have adorned themselves with earrings and bracelets and worn pretty dresses - as described in the Qur'an. As a wife, continue to use the jewellery that you have and the pretty dresses for your husband.

5. Joke and play games with your husband.

A mans secret: they seek women who are light-hearted and have a sense of humour. As Rasul Allah - sa l Allahu alayhi wa sallam - told Jabir to marry someone who would make him laugh and he would make her laugh.

6. Thank your husband constantly for the nice things he does. Then thank him again.

This is one of the most important techniques, as the opposite is a characteristic of the women of hellfire.

7. An argument is a fire in the house. Extinguish it with a simple 'I'm sorry' even if it is not your fault.

When you fight back, you are only adding wood to the fire. Watch how sweetly an argument will end when you just say sincerely, "Look, I'm sorry. Let's be friends."

8. Always seek to please your husband, for he is your key to Jannah.

Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - taught us that any women who dies in a state where her husband is pleased with her, shall enter Jannah. So .. please him.

9. Listen and Obey!

Obeying your husband is Fard! Your husband is the Ameer of the household. Give him that right and respect.

10. Make Dua to Allah to make y our marriage and relationship successful.

All good things are from Allah. Never forget to ask Allah ta'ala for the blessing of having a successful marriage that begins in this Dunya and continues on - by the Mercy of Allah ta'ala - into Jannah.

extracted from MyIslam@yahoogroups.com

How To Identify Stroke

During a BBQ Ingrid stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) and just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening. Ingrid's hussband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00pm, Ingrid passed away.)

She had suffered a stroke at the BBQ - had they known how to identify the signs of a stroke perhaps Ingrid would be with us today.

It only takes a minute to read this-

Recognizing a Stroke

A neurologist says that if he! can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed an getting to the patient within 3 hours which is tough.

Thank God for the sense to remember the "3" steps. Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

1. *Ask the individual to SMILE.

2. *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

3. *Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (i.e. . .. It is sunny out today) If he or she has trouble with any of these! tasks, call for emergency immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

After discovering that a group of non-medical volunteers could identify facial weakness, arm weakness and speech problems, researchers urged the general public to learn the three questions.

They presented their conclusions at the American Stroke Association's annual meeting last February. Widespread use of this test could result in prompt diagnosis and treatment of the stroke and prevent brain damage.

Temuramah Ekslusif Bersama Isteri AsSyahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut.

Apa yang lebih penting, sifat tawadu’ terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau “ TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan” maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.


Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?
Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam.
Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya.
Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.

Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?
Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah.
Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa’yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki.
Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.

Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?
Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka.
Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon.
Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu’ dan kepercayaan kepada diri.

Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?
Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.

Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?
Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. “ Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu”. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, “ Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu”.

Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?
Sepanjang kehidupan beliau “Berjuang..Berjihad..” lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid “Penyuluh ke jalan Allah” samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.

Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?
Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu “fadlun” pemberian Allah s.w.t.
Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio “Suara Aqsa” pada waktu itu berkumandang azan Isya’ kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid.
Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu’ dan mendirikan solat Isya’. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. “dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..”

Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?
Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu…dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik.
Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya…beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya…

Setiap para syuhada’ akan ada tanda-tanda kemuliaannya…maka apakah karamah Dr. Rantisi?
Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau.
Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya…bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.

Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?
As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu” (Az-Zariyat : 56).
Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam.
Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu’ dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.

Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?
Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang sukar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau datang kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya.
Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, “ Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku ” kata beliau dalam keadaan tersenyum.

Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?
Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira.
Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..”Tuhanku masukkan aku ke syurga…inilah kemuncak impianku..”

Apakah cita-cita Dr. Rantisi?
Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.

Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?
Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.

Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?
Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :

“ Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ”.
Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.

Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?
“ Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya “ (al-Baqarah : 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.

Sumber:
Suara Kampus (Edisi Shoubra) – Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Derita Nor Fatin Najwa

Oleh Siti Zahra

Kisah kanak-kanak malang lima bulan, Nor Fatin Najwa Mohd Rashidi dipotong kaki kanan kerana kanser. Lebih menyedihkan apabila ususnya terpaksa dikeluarkan kerana sistem pembuangan air tidak berfungsi. Terkesan hati, Wkini menghubungi bapa Nor Fatin, Mohd Rashidi, 40, di Kepala Batas Seberang Perai Utara dengan harapan Wkini dapat mengumpul sedikit sumbangan bagi menampung kos rawatan anaknya.


Warga Kedah, loghat utara Rashidi pekat ketika berbual. Ternyata bapa kepada sembilan anak ini tabah menghadapi dugaan Tuhan. Biarpun mata tidak sanggup memandang, bahu tidak terdaya memikul beban, manakala tangan tidak sanggup melakukan rutin harian menjaga Fatin setiap hari namun dalam kepayahan Rashidi terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi anak tercinta.

Tidak tahu jantina
Ketika dilahirkan pada 13 Mei 2005 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang doktor mengesahkan Fatin menghidap ketumbuhan pada sebelah kaki kanan. Keadaan Fatin kritikal sehinga doktor tidak dapat mengesahkan jantina anaknya. Fatin kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Besar Alor Setar untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan kaki kanan Fatin terpaksa dipotong bagi mengelak sel barah merebak ke bahagian lain.

“Hancur luluh hati saya mendengar penjelasan doktor. Terbayang wajah kecil Fatin tanpa kaki kanan. Bagaimana kehidupan di kemudian hari? Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Apabila memikirkannya saya tidak sanggup memberi kebenaran tetapi setelah memikirkan masak-masak demi keselamatan Fatin saya merelakannya,” kata Rashidi sayu.


Selepas dipotong kakinya, hari kelima barulah doktor mengesahkan jantina Fatin, tetapi usus Fatin terpaksa diletakkan di luar kerana sistem penghadamannya tidak berfungsi. Bayangkan dalam usia sekecil itu apalah difahami Fatin, melainkan menangis dan Rashidi hanya merelakan doktor melakukan pembedahan walaupun sebenarnya dia tidak sanggup.

“Saya tidak sangka anak bongsu saya berpenyakit kanser. Sebelum dibedah doktor memberitahu pembedahan berisiko tinggi dan kemungkinan untuk berjaya 50-50. saya sedih mendengar kata-kata doktor. Antara mahu dengan tidak tetapi saya harus menyelamatkan nyawanya. Saya hanya berdoa dan berserah kepada Allah supaya dia selamat,” kata Rashidi.

Pembedahan berjalan enam jam bermula 10 pagi hingga empat petang. Dalam tempoh itu Rashidi serta keluarganya berada di hospital menjaga Fatin kerana isterinya masih lemah dan berpantang di rumah.

Malang dibuang kerja
Keadaan Fatin selepas pembedahan sangat kritikal. Banyak wayar bersambung ke tubuh kecilnya manakala dua paket darah ditambah. Rashidi sayu memandang wajah anaknya di ICU. Sekiranya boleh ditukar kesakitan kepadanya Rashidi sanggup melakukannya. Selepas 21 hari Fatin dibenarkan pulang namun masih banyak rawatan susulan terpaksa dilakukan. Bertambah malang apabila Rashidi dibuang kerja kerana sering bercuti. Puas sudah Rashidi merayu namun tidak dilayan majikan.

“Hancur luluh jantung saya apabila dibuang kerja, tetapi saya faham mengapa majikan melakukannya. Memikirkan duit rawatan yang semakin bertambah, buntu saya dibuatnya. Mujur isteri saya bekerja dapatlah dia menyara keluarga,” katanya.

Di rumah Rashidi mengambil alih tugas isteri menjaga Fatin dan lapan anak lain memandangkan isterinya Hasiah Lazim, 40, masih lemah selepas melahirkan anak. Rashidi menguruskan rumah tangga daripada membasuh, memasak, mengemas dan menjaga Fatin. Rutin harian Rashidi bermula seawal jam enam pagi dia menghantar isterinya ke tempat kerja, selepas itu menghantar anak ke sekolah. Selepas pulang Rashidi memandikan Fatin dan membersihkan usus anaknya. Setiap hari usus Fatin terpaksa dicucuk dengan lilin bagi mengeluarkan najis jika tidak pasti tersumbat.

Fatin bersama ayah, ibu, abang dan kakak-kakaknya“Setiap kali lilin dicucuk ke usus Fatin dia pasti menangis, selepas memujuk saya menyambung semula sehinggalah ususnya bersih. Jika tidak penyakitnya bertambah teruk. Saya pernah meminta isteri melakukannya tetapi dia tidak sanggup dan menangis,” katanya sayu.

Kesan daripada pembedahan Fatin tidak boleh mengawal pembuangan najis. Dalam masa 24 jam dia membuang najis bila-bila masa sahaja. Sebab itu pampers sentiasa ditukar setiap satu jam sekali. Selepas memandi dan menidurkan Fatin barulah Rashidi menyambung semula tugasnya.

Rashidi bersyukur walaupun menderita Fatin tidak merengek atau banyak masalah seperti kanak-kanak lain. Pada hari-hari biasa dia ketawa apabila diagah. Ketika ini dia sudah boleh meniarap dan merayap di dalam rumah.

“Melihatkan perkembangan Fatin saya dan isteri bertambah sayu apatah lagi memikirkan masa depannya kelak. Sekiranya penyakit Fatin boleh ditukar mahu sahaja saya menggantikannya tetapi apakan daya Tuhan lebih berkuasa,” katanya.

Sekarang Fatin perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Alor Setar. Setiap bulan Rashidi berulang-alik daripada Seberang Perai ke Alor Setar menaiki bas sambil mendukung Fatin menempuh perjalanan lebih dua jam untuk sampai ke hospital. Bayangkan kesusahan yang terpaksa dilalui Fatin. Kadang-kadang ada hamba Allah yang sudi menumpangkan Rashidi menghantar Fatin ke hospital.

Fatin perlu mendapatkan rawatan kerana sel barah sentiasa aktif. Pada 4 Oktober doktor memberitahu ada dua ketumbuhan di badan dan pinggang Fatin. Doktor mengarahkan Rashidi membawa Fatin bertemu pakar barah.

Ketika pembedahan pertama Rashidi hanya mengeluarkan separuh daripada kos semuanya RM2,000. Manakala pembedahan kedua ditanggung Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi untuk sekali sahaja.

Masih banyak pembedahan susulan yang perlu dilakukan. Memikirkan perkara itu Rashidi buntu memikirkan kos pembedahan anaknya. Berapa sangatlah gaji diterima daripada isterinya sedangkan dia tidak bekerja. Justeru Rashidi berharapa agar ada insan mulia sudi menghulurkan bantuan meringankan beban Rashidi dan keluarga.


Bagi yang ingin menghulurkan bantuan Rashidi boleh dihubungi di talian 019-4023596 atau datang sendiri ke di 4445, Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara atau boleh memasukkan wang ke akaun Public Bank Mohd Rashidi 4915303305.

www.wanitakini.net

Perkahwinan Sejenis Memalukan Malaysia

Wkini tersentuh membaca surat pembaca di ruangan forum Utusan Malaysia. Ia ditulis oleh rakyat negara kita berbangsa singh. Ini menunjukkan sikap keterbukaan yang melambangkan kemodenan, yang dipraktikkan negara Barat tetap tidak boleh diterima di negara kita walau dari bangsa yang bukan beragama Islam.

Adalah menyedihkan ada kalangan rakyat berbilang kaum kita yang menganggap menolak unsur ini sebagai kuno dan merasakan sudah tiba masanya kita mengamalkan kebebasan menukar jantina dan perkahwinan sesama jenis.

Jika bangsa lain menentang di harap orang Melayu dan Islam di negara ini lebih-lebih lagi. Perkahwinan sejenis bukan saja tidak elok dari pandangan budaya kita tetapi juga salah di sisi agama. Nampaknya bangsa lain turut menentang walau perkahwinan sejenis itu dilakukan oleh dua lelaki berbangsa Cina, Jessie Chung dan Joshua Beh Soo Kiang.

Nilai agama, budaya dan ketimuran Malaysia nampaknya digugat oleh perkara 'memalukan' ini. Kemajuan ini tidak membanggakan langsung.

Perkahwinan ini tidak diiktiraf langsung oleh undang-undang negara kita jadi kita perlu melakukan sesuatu bagi menghukum atau menyedarkan pelakunya atau pasangan lain yang bercadang membuat perkara sama.

www.wanitakini.net

Kenali Pasanganmu

  • Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
    Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
  • Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
  • Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
  • Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
  • Dari segi psikologi pula, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan.
  • Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda.
  • Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.
  • Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.
  • Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak,cermin mata hitam,buku telefon, tuala ehem..ehemm... dan macam-macam lagi.
  • Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku.Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan .Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.
  • Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
  • Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.
  • Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, pabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
  • Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan...... Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.
  • Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
  • Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu , maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Petua Untuk Masalah Badan Berbau

Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih
bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

Bertemu Isteri Nik Aziz

Cita-cita saya hendak bertentang mata dengan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Menteri Besar Kelantan tercapai juga. Agenda pertemuan itu saya letakkan paling utama sehinggakan saya rasakan tidak dapat bertemu Mawi (yang sedang berada di Kota Bharu ketika itu) pun tidak mengapa. Hendak dengar sendiri suara dan jawapannya. Sila rujuk column Personaliti.

Ternyata beliau wanita hebat, penuh kesabaran dan kepercayaan pada suaminya. Bayangkan suami tidak menghubunginya seminggu, tanpa khabar berita, hati menerima penuh redha. Atas dasar percaya yang tidak berbelah bahagi dan merestui langkah suami yang dia pasti hanya berdakwah demi agama.

Tetapi terdetik di hati yang penuh prasangka, 'bolehlah dia berperasaan begitu, suaminya Nik Aziz - ulamak tersohor.' Kita pula hanya bersuamikan orang biasa, jadi memang kita penuh syak wasangka. Sebenarnya itulah yang tidak eloknya sikap kita. Kita sepatutnya bersangka baik dan percaya 100 peratus suami kita. Tentu ramai yang menjawap, jika tidak kerana lelaki yang menodai segala kepercayaan yang telah kita letakkan, tentu sejak dulu lagi wanita tidak punya rasa cemburu barang sepicing pun. Kerana cemburu itu tanda sayang.

Tuan Sabariah juga ternyata meletakkan cinta tidak berbelah bagi pada suaminya tetapi dia juga meletakkan kepercayaan bulatnya di situ. Bolehkah kita mencontohinya? Tepuk dada, tekadkan usaha.

Di bulan penuh keberkatan ini marilah kita sama-sama mempertingkatkan usaha menambah pahala. Maafkan segala kesalahan saya. Walau hati sendiri terluka, tidak mengapalah saya menjadi mangsa. Bagi yang tidak terbalas lagi emel mereka, jangan berkecil hati, Insya-Allah, kita akan berbicara di ruang maya lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

kusyihirdan@gmail.com
www.wanitakini.net

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...

Kanser Payudara Serang Lelaki Dan Wanita

Oleh: DR. GURCHARAN SINGH KHERA (Presiden Persatuan Onkologi Malaysia)

KANSER payu dara merupakan kanser yang paling kerap ditemui di kalangan wanita Malaysia. Ia juga adalah satu-satunya kanser yang paling biasa dari segi jumlah kes dalam kedua-dua jantina, termasuk lelaki.

Daftar Kanser Negara (NCR) 2003 melaporkan, satu dalam setiap 20 wanita tempatan akan didiagnos menghidap kanser payu dara dalam tempoh hayatnya.

Majoriti kes dikesan di kalangan kumpulan usia 40 hingga 49 tahun iaitu sedekad lebih tua berbanding di Barat. Bagaimanapun, kumpulan usia di antara 50 hingga 59 tahun mencatatkan insiden tertinggi.

* Gejala dan tanda-tanda

Ketumbuhan/tumor payu dara boleh jadi berkanser atau benigna (tumor bukan barah).

Ketumbuhan mungkin disebabkan oleh fibroadenoma dan penyakit fibrosistik. Kedua-dua bengkakan ini bagaimanapun hampir tidak pernah bertukar menjadi kanser. Ciri-ciri tumor kanser:

Ketumbuhan kanser terasa keras atau pejal/tidak lembut, tidak menyakitkan (kesakitan hanya terasa apabila sel-sel kanser telah merebak ke tulang atau saraf) dan tumbuh/membesar bersama masa.

Pada tahap awal, ketumbuhan boleh bergerak tetapi semakin ia membesar, ia mula berada pada kedudukan yang tetap/tersekat.

Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, disusuli dengan lelehan yang keluar dari puting, kadang kala mengandungi darah.

Ada ketikanya juga, kanser muncul dalam bentuk ruam pada kulit atau bengkakan di bawah ketiak/bawah lengan.

* Diagnosis

Langkah pertama adalah dengan berjumpa doktor yang akan menjalankan pemeriksaan luar payu dara, ketiak dan leher.

Doktor mungkin melakukan sinar x yang menghasilkan imej payu dara pada filem yang dipanggil mamogram.

Sekiranya ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, doktor akan mengaturkan ujian lanjutan biopsi bagi mengesahkan kehadiran tisu-tisu kanser.

Terdapat beberapa jenis biopsi:

Biopsi aspirasi; menggunakan jarum dan picagari untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada ketumbuhan di payu dara.

Trucut/biopsi teras; lebih tepat tetapi juga lebih menyakitkan. Apabila ketumbuhan gagal dirasai dengan tangan kerana terlalu kecil tetapi berjaya dikesan melalui sinar x, biopsi akan dilakukan di bawah panduan ultrasound atau mamogram.

* Patologi

Sebanyak 80 peratus kanser bermula dari dalam sistem duktus payu dara yang menghantar susu ke puting. Ia dipanggil karsinoma duktal.

Sementara itu, kanser lobul yang bermula dari lobus atau lobul yang menghasilkan susu pula mewakili baki 20 peratus lagi.

Kanser lobul cenderung untuk merebak di sepanjang permukaan/kapsul dan menghadapi kemungkinan yang lebih sukar untuk dikesan.


* Peringkat-peringkat kanser payu dara

Sebaik sahaja kanser payu dara telah dikenal pasti melalui biopsi, langkah seterusnya adalah untuk memastikan sama ada sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian lain.

Dengan cara pemeriksaan fizikal pada leher, ketiak dan abdomen pesakit, proses yang dikenali sebagai pengkelasan ini dapat membantu doktor untuk merancang rawatan yang bersesuaian berdasarkan tahap penyakit ini.

Penilaian selanjutnya tentang sejauh manakah kanser telah merebak, akan dilakukan selepas pembedahan. Sinar x pada tulang, hepar dan paru-paru mungkin diperlukan.

Jika tumor masih belum merebak keluar dari payu dara, ia dikira sebagai peringkat awal manakala jika telah merebak ke ketiak (peringkat sederhana) dan merebak ke organ-organ lain seperti tulang, hati, paru-paru dan otak (peringkat lewat).

* Rawatan Pembedahan

Pembedahan bagi membuang sepenuhnya ketumbuhan pada payu dara disarankan sebagai rawatan bagi kebanyakan kanser payu dara setempat yang masih belum merebak ke lain-lain bahagian tubuh pesakit.

Satu dari dua pembedahan tumor payu dara yang sedia ada akan dipilih.

1 - Lumpektomi; adalah pembedahan paling ringan. Ia hanya membuang tumor dan sebahagian kecil daripada tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya dilakukan untuk kanser peringkat permulaan sahaja.

2 - Mastektomi; keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini hanya dilakukan apabila tumor telah merebak ke bahagian lain yang lebih jauh.

Bahagian bawah lengan juga akan dibedah bagi membuang nodus limfa. Ketiak mempunyai di antara 10 hingga 30 nodus limfa. Ada ketikanya, sehingga enam ke lapan nodus limfa ketiak akan dibuang.

* Laporan patologi

Rawatan seterusnya akan ditentukan berdasarkan penemuan pembedahan, pemeriksaan histopatologikal dan pemeriksaan tumor payu dara serta nodus ketiak.

Beberapa ujian tambahan juga akan dilakukan terhadap spesimen atau contoh yang telah diambil. Ini termasuklah status penerima hormon (penerima estrogen dan progesteron), onkogen cerb-B2 (IHC atau herceptest/FISH).

* Radioterapi

Ia menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser yang mungkin tertinggal bagi mengelakkan kanser tersebut berulang.

Biasanya sinaran tersebut ditujukan dari satu sumber di luar badan bahagian yang terlibat dengan kanser.

Radioterapi keseluruhan payu dara disarankan untuk hampir keseluruhan kes selepas pembedahan lumpektomi atau prosedur membuang sebahagian payu dara.

Terapi mengambil masa antara empat hingga enam minggu, dilakukan lima hari seminggu dari Isnin hingga Jumaat.

Terapi sinaran ini merupakan satu rawatan yang tidak menyakitkan, tidak menyebabkan keguguran rambut dan tidak meninggalkan kesan terbakar pada kulit.

Selepas mastektomi, radioterapi digunakan untuk kanser gred tinggi, begitu juga sekiranya perebakan kanser membabitkan lebih dari tiga nodus limfa.

Radioterapi selepas mastektomi mengambil masa selama tiga hingga lima minggu dan menyebabkan kemerah-merahan pada kulit permukaan dada.

* Kemoterapi

Melibatkan penggunaan dadah antikanser untuk membunuhnya. Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan boleh menyebabkan keguguran rambut yang bersifat sementara.

Rambut tumbuh semula sepenuhnya selepas kira-kira tiga hingga empat bulan kemoterapi terakhir diberikan.

Pemilihan kemoterapi bergantung kepada anggaran risiko kejadian semula. Maklumat yang diambil kira termasuklah gred tumor, peringkat kanser (termasuk saiz ketumbuhan dan jumlah nodus limfa positif), status penerima hormon dan penerima cerb-B2.

Rata-rata regim kemoterapi diberikan selang tiga minggu yang keseluruhannya mengandungi antara enam hingga lapan sesi.

Bagi tumor yang lebih agresif yang turut membabitkan nodus limfa, regim yang lebih agresif menggunakan ubat-ubatan baru akan diberikan dalam jeda waktu dua minggu.

* Terapi hormon

Dalam sesetengah kes, kemoterapi akan diikuti dengan terapi hormon menggunakan ubat antiestrogen untuk menyekat pertumbuhan sel-sel kanser.

Ubat-ubatan tersebut disasarkan untuk menyerang sel-sel kanser yang diuji positif penerima hormon estrogen/progesteron.

Terapi hormon yang diambil satu tablet sehari ini akan dipreskripsi sekiranya kajian ke atas penerima hormon didapati positif.

Terdapat ubat baru iaitu perencat Aromatase yang lebih berkesan berbanding piawaian semasa bagi wanita pascamenopaus. Bagaimanapun, kosnya adalah tinggi.

* Diet semasa rawatan

Makanan yang tinggi kandungan kalori dan protein digalakkan pengambilannya terutama sekali semasa seseorang pesakit itu sedang menjalani tawaran kemoterapi.

Protein penting bagi membantu sel-sel normal tubuh yang telah musnah sementara, untuk pulih dan tumbuh semula. Sumber protein yang baik terkandung di dalam daging, telur, ikan, soya dan susu protein tinggi.

Elakkan daripada memakan makanan laut semasa menjalani rawatan radioterapi. Makanan bergoreng dan bertin juga tidak digalakkan.

* Tindakan berjaga-jaga semasa rawatan

Makanan tambahan antioksidan dapat membantu melindungi sel-sel normal daripada rosak semasa rawatan.

Dalam masa yang sama, ia juga mampu melindungi sel-sel kanser yang sedang dirawat melalui radioterapi atau kemoterapi.

Justeru, bagi mengelak kemungkinan perlindungan yang diberikan terhadap sel-sel kanser, nasihat umumnya adalah untuk mengelak pengambilannya semasa rawatan.

* Menghalang perebakan ke tulang

Tulang menjadi organ yang paling mudah bagi kanser payu dara untuk merebak.

Bisfosfonat merupakan kumpulan ubat yang membantu di dalam penyembuhan tulang yang dijangkiti oleh kanser.

Ia menyediakan kualiti hidup yang baik dengan cara mengurangkan kesakitan, kepatahan dan lain-lain, di kalangan pesakit kanser payu dara yang telah merebak ke tulang.

Baru-baru ini, terdapat data yang menyokong penggunaan agen-agen ini sebagai rawatan adjuvan bagi kes-kes kanser payu dara berisiko tinggi.

Pakar-pakar perubatan masih lagi menjalankan beberapa penyelidikan berasingan berkaitan isu rawatan adjuvan bersama bisfosfonat bagi mencegah perebakan kanser ke tulang. Oleh itu, penggunaannya sebagai adjuvan masih belum boleh dianjurkan buat masa sekarang.

Pendekatan komplementari

Chikong, taichi dan meditasi merupakan sebahagian aktiviti pelengkap yang berupaya membantu para pesakit menghadapi tekanan setelah disahkan menghidap kanser payu dara, seterusnya mengendalikan kesan sampingan rawatan.

Ia juga membolehkan pesakit meneruskan kehidupan mereka. Terdapat banyak persatuan yang mengajar aktiviti-aktiviti mereka sendiri seperti disebutkan di atas.

* Gaya hidup

Pesakit yang obes atau mempunyai lebihan berat badan bukan sahaja menghadapi insidens kanser payu dara yang lebih tinggi tetapi bagi pesakit yang telah pulih, mereka menghadapi risiko berulang yang juga tinggi.

Kegiatan fizikal secara tetap adalah sangat penting dalam usaha mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat. Pengambilan lemak tepu dan alkohol hendaklah dikurangkan atau dielakkan sama sekali.

* Organisasi bukan kerajaan

Rakyat Malaysia beruntung kerana terdapat beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan yang terlibat di dalam kerja-kerja berkaitan kanser payu dara di negara ini.

Para pesakit yang baru sahaja disahkan menghidap penyakit ini amat dialu-alukan menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.

Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) misalnya, yang baru sahaja melancarkan Buku Panduan MOS boleh diakses di alamat www.malaysiaoncology.org

Laman turut menyediakan ruang interaktif untuk orang ramai bertanya apa sahaja soalan berkaitan kanser payu dara yang hendak mereka tahu, yang akan dijawab oleh pakar onkologi secara bergilir-gilir.

Peguam-peguam Wanita Mahu Hukuman Mati Bagi Enam Pedagang Seks

NEGARA-NEGARA perlu undang-undang yang lebih tegas bagi mencegah wanita dan gadis menjadi mangsa kepada pedagang manusia, kemungkinan dengan mengenakan hukuman mati, peguam-peguam wanita berkata di persidangan antarabangsa pada 8 November 2005.

Perdagangan manusia untuk eksploitasi seks terhadap wanita atau kanak-kanak sudah menjadi “industri yang berkembang”, khususnya di negara-negara membangun, kata Saraswathy Devi, presiden International Federation of Women Lawyers.

“Satu cara yang boleh menghentikan perdagangan ini ialah dengan pihak kerajaan menahan pencabul yang terbabit dan menangani punca masalah tersebut, seperti kemiskinan dan ketidaksamaan gender,” dia memberitahu lebih dari 50 orang peguam dan aktivis dalam persidangan tahunan pertubuhan tersebut di Malaysia.

“Saya akan meminta hukuman mati bagi mereka yang memperdagangkan wanita,” kata Devi, seorang peguam Malaysia. “Saya juga akan minta, mana-mana lelaki yang menggunakan khidmat wanita-wanita ini dihukum setimpal.”

Kebanyakan negara hanya ada hukuman penjara bagi pedagang manusia.

Aktivis memberitahu bahawa perdagangan berlaku terutama di tempat-tempat di mana kemiskinan, konflik bersenjata dan lain-lain tribulasi membawa wanita lari meninggalkan kampung halaman mereka. Sindiket-sindiket menyeludup mereka ke negara lain, di mana mereka akhirnya sering lakukan kerja seks atau berada di ’sweatshops’.

Jaspal Kaur Bhatt, seorang pensyarah undang-undang di Universiti Teknologi Mara, berkata, anggaran menunjukkan bahawa 75 peratus mangsa perdagangan seks telah dipaksa melacur.

Negara-negara perlu undang-undang yang lebih baik bukan hanya menghukum pedagang, tetapi mencegah rasuah kalangan pegawai polis, pegawai-pegawai keselamatan dan imigresen, katanya.

Seruan wanita itu menerima sokongan daripada Sultan Azlan Shah, Perak. Malaysia mesti mengadakan undang-undang bagi melindungi mangsa-mangsa perdagangan manusia, katanya.

Sultan Perak yang juga merupakan bekas presiden mahkamah persekutuan, menambah: “Undang-undang tersebut perlu mengenakan hukuman yang adil ke atas pedagang, sementara para mangsa perlu diberi perlindungan yang sewajarnya...Tanpa undang-undang yang menyeluruh ini, mangsa akan diperlakukan seperti penjenayah.”

Menurut International Labour Organisation, buruh paksa, termasuk eksploitasi seksual, ialah industri bernilai US$31 bilion (S$53 bilion). - AP

http://www.malaysia-today.net

Pemakaian Cincin Mengikut Adab Islam

Nasihat Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Nabi Salawatu Alai Wasalam. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah SubhanAllah Wa Taala. Nabi Salawatu Alai Wasalam. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Salawatu Alai Wasalam. dapatlah kita pahala.

www.tranungkite.net

Suruhan Tutup Aurat Untuk Kebaikan Lelaki Dan Wanita


Oleh Dr Harlina Halizah Hj Siraj



DALAM membicarakan persoalan cara pakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual adalah satu lagi pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual melambangkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam, yang perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sahih.

Asas itu adalah:

# Hubungan habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhuwah dan persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan takwa.

# Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki beriman) – bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan tumpuan kepada wanita semata-mata.

Lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

# Kejelasan mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan wanita Islam hari ini. Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.

Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.

Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah, kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?

Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya.

Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pertama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin.

Perasaan malu secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal,apabila auratnya terdedah.

Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.

Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

# Wanita Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia mengenakan pakaian menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap orang.

Seperti juga lelaki membetulkannya, yang mengenakan bajunya yang menutup aurat kerana niat perlu menjaga iman wanita. Begitu juga wanita tidak melilit tudungnya atas nawaitu – jangan sekali-kali berkata dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya."

Kita, wanita menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua bukan kerana orang lelaki.

Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori' kita.

Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Saya pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

Berbedak Dan Melawa Untuk Suami


Ada wanita yang terus menggeleng kepala apabila ditanya tentang bedak asas. Bedak asas bagi mereka terlalu 'heavy' atau terlalu bergaya. Bagi mereka orang sederhana tidak perlu memakai bedak asas! Tidak penting langsung. Asal berbedak sudah memadai.

Sebenarnya berbedak bukan sahaja untuk cantik tetapi ia juga kini berpelindungan. Hai, takkan berbedak ke pejabat saja? Di rumah kulit biar berminyak dan pucat lesi, begitu? Wanita harus menjaga penampilan jangan lupa berbedak ya! Sapukan tipis agar suami dan anak-anak nampak kesegaran dan keceriaan wajah kita.

Tentang bedak asas
Bedak asas berfungsi menyamarkan noda, menghalus dan melindungi kulit wajah. Namun, bedak asas yang baik bagi seseorang belum tentu bagus untuk orang lain. Justeru sebelum memilih bedak asas kita perlu mengetahui jenis kulit terlebih dahulu.

Ada pelbagai jenis bedak asas di pasaran antaranya:
- Cecair. Lembut bak sutera. Paling mudah digunakan serta sesuai untuk kebanyakan kulit muka terutama kulit kering.
- Krim. Lebih pekat dan berupaya menutup sebarang cela serta noda. Kulit tampak lebih bersih dan gebu.
- Bedak berpelembap. Biasanya berwarna coklat cair. Ia berupaya mengimbangkan kelembapan kulit serta menutup noda. - Bedak padat dan lembap. Mudah disapu dan boleh dipakai tanpa bedak lain, sesuai untuk kulit kering.

Setelah bertemu bedak asas sesuai kulit, jangan lupa perhatikan warnanya. Sebaiknya pilih warna mirip warna kulit. Sebenarnya tidak semua orang perlu memakai bedak asas. Jika anda dikurniakan kulit wajah yang mulus sempurna, maka tidak perlu menggunakan bedak asas. Tetapi untuk ke majlis rasmi bedak asas mampu menaikkan seri wajah.

Tip memilih bedak asas daripada Monita Goh, pegawai perhubungan awam Loreal

1. Tujuan memakai bedak asas adalah untuk menyamar noda agar kulit tampak lebih sempurna dan membuatkan solekan anda kekal. Oleh itu, pilih bedak asas sewarna kulit agar tidak nampak seperti topeng ataupun opera Cina.

2. Ketika membeli bedak asas, calit sikit pada belakang tangan. Kemudian cuba lihat kesan sapuan di bawah cahaya matahari bagi memastikan ia serasi dan sesuai dengan warna kulit kita.

3. Jangan beli bedak asas yang lebih cerah daripada warna kulit kerana ini akan menghasilkan wajah seperti bertopeng.

4. Sekiranya warna kulit muka dan leher tidak sama (mungkin muka lebih cerah), sapu bedak asas yang berbeza.

5. Bedak asas berpigmen kekuningan paling sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mampu menstabilkan warna alat solek dan nampak sebati dengan kulit.

Cara memakainya


1. Sapu bedak asas sama ada dengan hujung jari atau pun span. Pastikan sapuan kemas dan rata.

2. Jika inginkan sapuan nipis tetapi menggunakan bedak asas yang tebal, basahkan span dengan pelembap ataupun sedikit air.

3. Tebalkan sapuan bedak asas pada parut, lebam atau noda, agar wajah nampak bersih dan kemas.

4. Jika memakai penyamar noda (concealer), sapu selapis bedak asas agar warna keseluruhan seimbang.

5. Jangan lupa sapu bedak asas pada leher.

6. Sapu juga bedak asas pada mata bagi menutup sembab dan lebam di sekitar mata.

7. bagi membuatkan wajah lebih menawan kenakan tudung sesuai pakaian agar kamu menjadi wanita muslimah yang menjadi idaman suami.


AKHIR SEKALI, SENYUMLAH SELALU PADA SUAMI. TIDAK GUNA PAKAI BEDAK ASAS DAN KULIT TAMPAK MULUS, GEBU DAN HALUS TETAPI KITA MALAS TERSENYUM DENGAN SI DIA. - Siti Zahra

www.wanitakini.net