Wanita Semasa

Dari Hawa Untuk Hawa

Oleh nurul adnin

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian di mata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jadilah seperti Sumaiyah yang mengoncang dunia mencipta sejarah . Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, mengetar hati kaum adam jangan hawa jangan kerana aku sukar menerimanya …dan aku benci mendengarnya…

Dari hawa untuk Hawa.

www.raudhah.com

Antara Kasih Ibu Dan Isteri Bermasalah

Oleh nurqush

Setiap ibu inginkan anak-anak mereka hidup bahagia setelah berumah tangga. Oleh itu mereka akan sentiasa memberi perhatian terhadap rumah tangga anak menantu terutama apabila timbul sebarang masalah. Sayangnya sesetengah anak menantu tidak berkenan sikap mentua yang berlebihan dengan alasan mereka boleh menguruskan sendiri rumahtangga mereka.

Tidak dinafikan setengah ibu masih mengambil berat masalah anak-anak mereka setelah bernikah terutama apabila anak itu menjadi kesayangannya.

Tetapi bagaimana jika sikap mengambil beratnya berlaku kerana isteri yang diharap menjaga makan minum dan memberi kasih sayang kepada anak lelakinya pula tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri?

Mungkin tidak banyak wanita mengakui hakikat ini tetapi dalam keadaan pembangunan yang mendadak di negara ini, kebanyakan wanita bekerjaya gagal memenuhi tanggungjawab mereka di rumah sepenuhnya.

Kehidupan Azhar Ismail (bukan nama sebenar) bersama Hani Hassan (bukan nama sebenar) memang mencukupi dari segala sudut.

Rumah besar, kereta mewah dan kerjaya baik semuanya tergenggam dalam tangan. Kekurangan mereka hanyalah cara hidup bersuami isteri yang ada kalanya tidak ketentuan.

Rumahtangga yang dibina hampir empat tahun lalu tidak memberi apa-apa makna kepada Azhar dan Hani kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Ibu Azhar, Hasnah Hashim (bukan nama sebenar) turut merasakan suasana dingin dalam rumah tangga anaknya.

"Kamu nak cari isteri biar yang boleh berikan masa untuk rumah tangga kami, jangan asyik kerja sahaja. Calon isteri kamu itu nampaknya macam tak ada bakat di ceruk dapur apatah lagi nak uruskan rumah tangga," pernah Mak Cik Hasnah mengingatkan anaknya itu.

"Tak apalah mak... setelah bernikah nanti tahulah dia menguruskan rumahtangga kami," Azhar membela Hani.

Kini setelah bernikah barulah Azhar merasakan bahangnya. Sejak mereka bernikah tidak sampai sepuluh kali Hani memasak di rumah, jauh sekali untuk membasuh atau menggosok pakaian Azhar.

Sekali dua bolehlah dimaafkan jika Hani tidak ada masa, ini tidak, kesemua pakaian mereka dihantar ke kedai dobi, mudah kata Hani. Mujurlah mereka tidak mempunyai anak, itupun kerana Hani berpendapat dia tidak mahu membuang masa untuk menguruskan anak sebelum dia mencapai cita-citanya untuk menjadi wanita korporat yang berjaya.

Demikianlah hari-hari yang berlalu dalam kehidupan rumah tangga Azhar. Rupanya ibu Azhar memandang serius perkara ini. Setiap kali dia datang jarang dapat berjumpa menantunya. Alasan yang diberikan Azhar, Hani kerja luar, ada meeting dan sebagainya.

Tinggallah orang tua itu memasak untuk anaknya dan mengemas rumah. Kata orang, kasih ibu membawa ke syurga memang benar kerana betapa penat pun seorang ibu itu masih ada waktu untuk memasak, mengemas dan memasak untuk anaknya walaupun anak itu telah besar panjang dan mempunyai isteri.

"Kan aku dah cakap dulu, kamu degil. Isteri kamu tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Asyik keluar rumah sahaja, bila masanya kamu berdua berbual dan berbincang soal rumah tangga kamu?

"Mak bimbang masalah ini akan berlarutan. Mak kasihankan kamu, tinggal seorang diri dalam rumah. Kalau ada anak itu lainlah, ini tidak, balik-balik tengok televisyen," leter ibu Azhar.

"Apa nak buat mak, sudah takdir jodoh saya macam ini, kena sabar sahajalah," balas Azhar.

"Sabar pun biar ada batasnya, kalau sampai nak menghancurkan masa depan kamu buat apa. Kamu lelaki dan kamu tu suami. Hak kamu ada untuk bertindak," tambah ibunya.

Azhar terdiam. Memang dia telah mula memikirkan perkara ini. Dia tahu Hani tidak seperti wanita lain, dia lebih mementingkan kerjaya daripada rumahtangga.

"Mak sudah jemu dengan alasan kamu. Kalau kamu tidak menasihati isteri kamu dan bertindak tegas supaya dia merubah sikapnya, mak tidak akan datang lagi ke rumah ini.

"Mak kasihankan kamu jadi macam tunggul dalam rumah ini. Isteri kamu keluar ke hulu ke hilir dengan lelaki lain. Orang pun cari makan juga tetapi tidaklah sampai lupa suami dan rumah tangga," sindir ibunya.

Demikianlah juga yang difikirkan Azhar sejak kebelakangan ini. Hari demi hari, tabiat buruk Hani semakin ketara. Pantang ditegur dia akan melenting, tidak cukup dengan itu dia mengamuk sakan.

"Selama ini abang tidak pernah tegur Hani, sekarang baru nak tegur, kenapa, mak abang yang hasut abang?" jerit Hani.

"Hani jangan tuduh mak abang macam itu sekali. Dia orang tua. Berapa kali Hani jumpa dan layan dia di rumah ini sejak kita kahwin?

"Setiap kali dia datang Hani kerja luar, meeting dan macam-macam lagi alasan. Orang tua itu juga yang memasak, mengemas. Inikah gaya dan lagak seorang menantu terhadap mentuanya?" Azhar meninggikan suara.

Hani terkejut dengan perubahan Azhar, selama ini dia tidak pernah berkeras dengan Hani, apa sahaja kata Hani dia mengikut sahaja.

"Baiklah. Sekarang abang ingin beritahu Hani yang abang sudah jemu dengan telatah Hani. Abang mahu Hani berubah. Kalau selama ini abang diamkan diri sekarang tidak lagi. Hani mesti mengikut cakap abang. Kalau tidak, tidak ada gunanya kita hidup sebagai suami isteri lagi, tegas Azhar berkata.

Walaupun terkejut Hani tidak menunjukkan reaksinya. Malah dia mencabar Azhar supaya bertindak jika dia tidak berubah. Berdesing telinga Azhar dibuatnya.

Kalau abang cakap macam itu, Hani terima cabaran abang. Hani tetap dengan cara Hani. Kalau abang tak boleh tahan dan cuba nak kawal pergerakan Hani, abang boleh buat keputusan. Abang panggillah mak abang untuk menjaga abang di sini. Hani boleh keluar," Hani berkata menunjukkan kedegilannya.

Terpinga-pinga Azhar dibuatnya. Beginikah caranya seorang isteri bercakap dengan suami? Azhar lalu teringat pada kata-kata ibunya. Kini segala larangan dan nasihat ibunya dulu berputar semula di minda.

Biar apa pun dia harus menerima hakikat Hani bukan isteri yang perlu dipertahankan. Kali ini Azhar nekad. Dia memikul semua tanggungjawab dan tingkah laku isterinya itu.

Apa nak buat, jika ditakdirkan jodohnya dengan Hani hanya setakat itu, maka dia menerimanya dengan reda, biarpun kasih sayang terhadap wanita itu tidak pernah pudar.

"Saya nekad tuan, jika dia tidak berubah juga, saya akan membebaskan dia. Sekarang ini dia langsung tidak hormatkan ibu saya, jauh sekali untuk mendengar cakap saya sebagai suami.

"Dia terlalu asyik dengan dunia korporatnya sampaikan saya di rumah menjadi seperti tunggul mati. Dia keluar masuk sesuka hati dan pergaulannya juga terlalu bebas sekarang," Azhar bercerita kepada kadi.

"Apa kata jika dia dipanggil untuk bersemuka dengan saudara, manalah tahu jika dia mahu berubah. Saya boleh membawa kes ini kepada pihak kaunseling supaya isteri saudara boleh dinasihati," kadi membuat cadangan.

"Semuanya sudah saya lakukan, tetapi hasilnya tidak nampak langsung. Dia semakin bengis dan angkuh. Saya rasa susah untuk membentuk dia semula setelah begitu lama saya memberi kebebasan kepadanya. Dia juga sanggup mencabar saya dan ibu saya tuan, wanita macam ini rasa saya tidak akan berubah, lagipun sekarang dia sudah keluar rumah dan tinggal bersama kawan-kawannya," jelas Azhar.

Kadi menggeleng-gelengkan kepala dengan wajah yang berkedut. Jarang berlaku kes seperti ini tetapi dia amat bersimpati dengan Azhar.

"Kalau macam itu baiklah, saya akan failkan kes saudara untuk pertimbangan. Bagaimanapun saya amat berharap saudara akan memikirkan semula masalah ini semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan muktamad," nasihat kadi.

Demikianlah berakhirnya kebahagiaan yang dikecapi oleh Azhar dan Hani. Panas yang diharapkan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Azhar sedar semua itu salahnya sendiri terlalu memanjakan isteri, akhirnya diri sendiri yang tersepit.

Memikirkan ini Azhar insaf, lebih baik mencari isteri yang tidak berpelajaran asalkan pandai mengambil hati suami daripada beristerikan wanita berpelajaran yang hanya mementingkan kerjaya dan kehidupan sosial yang berlebihan.

Bagi golongan ini suami, anak dan rumah tangga mungkin di tempat kedua,
wallahualam!

www.raudhah.com

She’s Fit Gimnasium Khusus Untuk Wanita

Oleh Halina Mohd Noor (Berita Harian)

INGIN ke gimnasium tetapi malu untuk bercampur dengan lelaki? Apa kata anda ke gimnasium khusus untuk wanita saja iaitu She’s Fit yang terletak di The Boulevard, Mid Valley City. Di sini anda bebas bersenam tanpa perlu bimbang dengan kehadiran kaum bukan sejenis.

She’s Fit diasaskan oleh Haniza Mokhtar pada November 2004 demi memenuhi keperluan kebanyakan wanita di negara ini yang ingin bersenam di gimnasium.

“Di She’s Fit, lelaki tidak dibenarkan masuk kerana ia khusus untuk wanita saja. Jurulatih gimnasium juga adalah wanita bagi membolehkan anda bergerak bebas di sini. Kebanyakan wanita ingin bersenam tetapi terdapat halangan yang menyebabkan mereka tidak dapat melakukannya. Selain sibuk, ramai yang malu untuk mengenakan pakaian bersenam. Bagi mengatasi masalah ini, She’s Fit ditubuhkan,” katanya.

She’s Fit ditubuhkan berdasarkan pengalamannya ketika menuntut di Universiti Northeastern, Boston pada 1995. Pada masa itu, Haniza mendapati kebanyakan pelajar bersenam di pusat kecergasan universiti berkenaan. Manakala dirinya sendiri tidak pernah lagi bersenam sejak berhenti bermain hoki ketika di bangku sekolah dulu.

Beliau akhirnya mengambil keputusan menyertai mereka dan tidak lama kemudian menjadi ahli pusat kecergasan berkenaan.

“Bersenam membantu saya mengawal berat badan disamping memberikan lebih tenaga untuk belajar di siang hari,” katanya.

Selepas tujuh tahun menyertai pusat kecergasan berkenaan, timbul idea dalam mindanya untuk membuka sebuah pusat kecergasan apabila pulang ke tanah air kelak.

“Kami membawakan konsep kecergasan baru untuk wanita ke Malaysia yang sudah menjadi amat popular di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. Pusat ini menyediakan gimnasium yang selesa, suasana khusus untuk wanita sebagai pilihan berbanding gimnasium biasa. Pusat kecergasan wanita kini adalah sektor yang berkembang maju dalam industri kecergasan berbanding di negara ini yang masih baru. She’s Fit terbuka kepada semua wanita pelbagai peringkat usia yang inginkan gaya hidup sihat terutama mereka yang sentiasa sibuk kerana kami menawarkan perkhidmatan berkualiti demi kesihatan wanita,” katanya.

Lebih istimewa, She’s Fit dilengkapi peralatan Express Circuit direka khas untuk wanita dan diimport terus dari Amerika Syarikat. Peralatan bersenam itu mudah digunakan dan menjimatkan masa berbanding peralatan gimnasium konvensional. Peralatan itu berfungsi dengan bantuan mesin hidraulik latihan-tenaga yang merangkumi stesen aerobik.

“Kami adalah pusat kecergasan pertama yang memperkenalkan peralatan hidraulik di pasaran. Ia berfungsi umpama dua mesin dalam satu yang diubahsuai mengikut penggunanya. Ini bermakna ia mudah digunakan dengan pengurangan bengkak pada otot atau kecederaan lain. Sepanjang 30 minit program latihan, ahli kelab akan berpindah dari satu stesen ke stesen lain bagi mendapatkan senaman lengkap. Dalam masa setengah jam, anda akan membakar 500 kalori dengan cara selamat,” katanya.

She’s Fit turut menyediakan kelas yoga di bawah tunjuk ajar Norhafizah Mohd Ali yang berpengalaman selama lapan tahun sebagai perunding yoga di syarikatnya, Anggun Timoer. She’s Fit dibuka dari 7 pagi hingga 9 malam dari Isnin hingga Jumaat dan 9 pagi hingga 3 petang pada Sabtu.

Suami Tak Sedar Dek Untung

Tulisan: Putrapilu@gmail.com

Hari raya baru-baru ini penulis berpeluang bertemu ramai kawan-kawan lama di kampung. Masing-masing bertanya khabar, tanya anak berapa, rumah sendiri atau rumah sewa, kereta satu ke dua. Begitulah lelaki, jangan ingat perempuan saja begitu. Itu pertanyaan terus terang dan cakap kuat-kuat depan orang ramai. Ada juga persoalan yang ditanya berbisik-bisik. Contohnya, bini kau satu ke dua? Kita jawab satu, dia tanya - kenapa? Kalau teringin menambah cawangan (dan beban), hubungilah dia. Hah, tu dia, kata orang Kedah. Naik segan pun ada. Tetapi angguk dan senyum saja. Bukan takut mem dengar tetapi takut kawan lama saya tadi ingat saya berminat.

Sempat bersembang dengan sepupu yang menceritakan tentang adik perempuannya, seorang doktor di bandar terdekat. Kerana cinta adik perempuannya, J sanggup menanggung semua perbelanjaan kahwin dulu. Suaminya itu baru pulang luar negeri, kerja baru hendak cari. Jadi duit belum penuh poket. Si suami pula bukan anak orang berada, orang kampung saja yang bapanya posmen pencen. Semuanya J tanggung. Duit kenduri sebelah lelaki dia yang beri. Hantaran diri sendiri juga dia yang cari. Duit kursus kahwin dia yang langsaikan. Orang sebelah lelaki mahu datang berbas-bas, J juga yang bayar beribu untuk sewa bas segala. Cincin bertunang, rantai batal air sembahyang juga dibelinya sendiri. Punyalah J sanggup berkorban dan merahsiakan perkara ini daripada keluarganya. Patutnya suaminya bertuah dapat isteri yang murah hati dan tidak kedekut seperti isteri Nabi Muhamad, Siti Khadijah itu.

Namun itulah, nasib J sungguh malang. Walau kasihnya pada suami penuh membara. Selepas berkahwin dibelinya kereta untuk kemudahan suami mencari kerja. Pakaian baru berjenama juga penuh almari mereka. Lima tahun berkahwin, satu kerja pun tidak sangkut lagi. J terus setia.

Semoga pengorbanan J dibalas Allah dengan syurga abadi kelak. Tanpa dia sedar, suami rupanya penagih dadah. Begitu pandai suami bersandiwara, isteri doktor pun terpedaya. Mungkin kerana cinta sudah mengaburi mata. Suami tertangkap dan dia memaksa J berusaha melepaskannya. Kata J, eloklah abang masuk pusat, biar mereka ubat. Kerana marah tidak terhingga, suami melepaskan talak tiga kepada J yang setia.

Inilah kisah hari raya lepas yang cukup menyedihkan saya.

Kepada lelaki, kenapalah begitu.

www.wanitakini.net

Pengantin Ponteng Solat

Tulisan: Annah

Mula bersolek jam 10 pagi. Kalau bertudung, tidak perlu risau mendandan rambut atau masalah sanggul. Masalah utama sekarang ialah mekap. Mekap pengantin bukan seperti biasa. Mekap mak andam yang dibayar mahal! Wajah 'ditampal' bedak asas tebal, dilekap bulu mata palsu, hidup tampil mancung setelah dishading. Hebat betul kita.

Kerana keadaan yang kononnya remeh, remeh untuk membasuh muka kemudian berwuduk untuk sembahyang zuhur, ramai pengantin (terutama perempuan) yang tidak sembahyang zuhur. Lagi teruk sehari suntuk hari itu, lima waktu sembahyang pun ada yang ponteng. Di tanya orang, kata saja diri uzur.

Ada yang kata dia tetap bersolat kerana sebelum bersolek sudah ambil wuduk. Ada yang pernah buat begini? Sila ceritakan pada wanitakini praktikalitinya. Hendak juga berkongsi. Tentu hebat dapat menjaga wuduk seperti buang angin, kencing atau tersentuh pengantin lelaki.

Wanitakini mencadangkan supaya pengantin perempuan tidak bersolek berlebih-lebih kerana bersolek itupun berdosa di sisi agama. Mungkin untuk seri, cukup sekadar bedak. Kecantikan semulajadi pasti lebih terserlah. Lagipun pengantin, tetap ada serinya yang tersendiri. Kata orang seri pengantin!

Di hari bahagia penuh berkat itu, jangan kita tidak bersolat semata-mata kerana kita pengantin baru atau sayang hendak buang mekap. - www.wanitakini.net

My Journey To Islam (Part II)

By Jamilah Kolocotronis**
October 25, 2005

In the summer of 1980 I was studying Eastern religions as part of my Master's degree. I had been learning about Islam off and on for four years, since I met my first Muslim. I had read the Qur'an and observed the Friday prayer. But I wasn't ready to commit myself to Islam.

Ramadan came in July that year. Three brothers rented a small house in our small town to use as a mosque during Ramadan. I knew the brothers as fellow students, and occasionally I dropped by the tiny house. I wasn't ready to be a Muslim yet, but I was curious.

The night of July 31st was hot and humid. I couldn't sleep. First I did some reading about Confucianism. One of my assignments. I still couldn't sleep. Then, still lying in my bed, I tried to pray. Suddenly it hit me, like the proverbial lightening bolt. I couldn't pray. I wasn't clean.

I had been told about wudu' [editor's note: wudu' means ablution]. It seemed silly and unnecessary to me. Why would someone have to perform a cleansing ritual simply to pray?

As I got up from my bed and went to the bathroom, I wished I had paid closer attention. I made wudu' as well as I could remember. Then I prayed, in the manner I had since childhood, with my head bowed and my hands folded. I don't remember exactly what I said, but I know it was a fervent wish to be guided.

Later, still not able to sleep, I sat down and wrote a letter to my minister. In the letter, I told him that I would probably have to become a Muslim.

I knew the brothers woke up early to prepare for the fast. I walked the quiet streets and arrived at the tiny mosque at around 4 a.m. They finished their sahur [editor's note; sahur means meal before fasting] and made salatul Fajr [editor's note: salatul Fajr means Dawn prayer]. Then they asked me why I had come. I showed them the letter.

There were shouts of "takbir" [editor's note: takbir means saying “Allah is Greatest”]. They told me how to make a proper wudu', step by step, then one of the brothers, Adel, gave me the shahadah. I could barely say it, I was so nervous.

A few hours later, I finally slept. In the afternoon I took a long walk around campus, wondering what I had done. I decided to give it a year. I could always change my mind, couldn't I?

The brothers told me I wouldn't have to fast every day. I fasted four days that first year, out of the ten days remaining in Ramadan. It was August, hot, and long days, but somehow I made it.

The following Ramadan, my first full Ramadan, I rented a house with two other sisters. We made sahur together every morning and ate iftar [editor's note: iftar means meal to break the fast] together in the evenings. We prayed. I stayed up most of the night praying. I was between jobs and schools, and not yet married. It was the most peaceful, most beautiful Ramadan of my life.

Every year, the mosque becomes more and more crowded during the last ten days of Ramadan. But my special days start on the night of the nineteenth. The day I became a Muslim.


--------------------------------------------------------------------------------

**Jamilah Kolocotronis is a writer, teacher and the mother of six sons. Originally from St. Louis, she attended one semester of Lutheran seminary before becoming disillusioned. She accepted Islam at the age of twenty-three.

She and her husband live in Milwaukee, where he is principal of Salam School. Jamilah teaches part-time and writes novels about American Muslims. Her latest novel is Echoes.

My Journey To Islam (Part I)

By Sarah Allen*

The first Ramadan I fasted I was not actually a Muslim. I had been researching the religion for approximately a year when Ramadan came around. After researching about Islam I became increasingly interested in a deen that appeared to be so perfect.

My life slowly began to change, and I was completely oblivious to it. My dress became more modest, my character more humble. I finally felt that I had found peace. Once I realized why I had changed, I made the decision to revert to Islam. It became prominent that I was about to make a huge change to not only my life, but my loved ones around me. So I decided to take the steps to reverting slow and graciously.

When I realized Ramadan was coming around, I saw a perfect opportunity at putting my new found faith and curiosity to practice. I decided to fast. My expectations of Ramadan lived up to what I expected. I thought it would be extremely difficult to go the entire day without food or water and I was right! Fasting during summer was the most difficult discipline I had ever experienced, but also the most rewarding.

The thing I did not expect when I fasted was the feeling you experience. To see those around you eating, completely unaware of the sacrifice you are making, only makes your determination stronger. I thought of the other brothers and sisters around the globe doing exactly as I was, giving up food and water for the sake of Allah. It is the most incredible feeling you can experience.

I found the growth you undergo whilst fasting is phenomenal. You feel like a stronger person who has control over their actions and body, and it seems you have the power and determination to do anything. All of your bad habits disintegrate and you are left with what feels like a new being. You are spiritually stronger, physically disciplined and more socially aware of what is going on around you.

Knowing what it feels like to be unable to eat gives you a greater appreciation for the things we usually take for granted, such as food and water. These have come to be things we expect, we do not think of the widowed sister struggling to feed her young, or the brother trying to make ends meet.

The thing I found to love the most about Ramadan was the fact that no matter how strict one may practice throughout the year, all Muslims fast during the month, this strengthens the Ummah, and the feeling of unity is indescribable. Fasting as a non Muslim to fasting as a Muslim I have found that not much has changed, because my intention is still the same, I still fast the same way, however now I am more aware of the technicalities and duties.

For anyone fasting their first Ramadan I wish you all the best.

* Sarah Allen is a 19-year-old Australian. She has lived her entire life in Sydney and became Muslim in January 2005 after she researched Islam for 3 years.

Pengantin perempuan buka tudung!

Yang tidak seronoknya, selalunya pada sesi ini, pengantin yang kalau hariannya memakai tudung, hari ini habis tudung entah ke mana. Maklumlah bergaun barat fesyen 'bare back' mana kena bertudung litup.

Tulisan: Annah

Setiap minggu ada saja jemputan kahwin. Baik Sabtu walau Ahad. Ada pula yang buat majlis akan nikah pada hari Jumaat, malamnya. Jemputan datangnya dari saudara mara, jauh dan dekat, kawan-kawan - baru dan lama, dan ada juga daripada yang penulis tidak kenali. Mereka ini juga tidak mengenali penulis tetapi tetap baik hati menghantar kad kerana mengenali penulis sebagai wartawan. Kerana tugas juga, penulis kadang-kadang menghadiri majlis perkahwinan kerana kerja - coverage majlis perkahwinan.

Kerana banyak menghadiri majlis, selain dapat menikmati hidangan kenduri yang pelbagai dan bunga telur bermacam fesyen ada suatu perkara yang agak menyedihkan. Entah adat mana, pengantin perempuan akan memperuntukkan satu hari sebelum majlis langsung untuk upacara bertukar-tukar baju bagi sesi bergambar. Pengantin kadang kala bertukar 5 atau lebih baju. Baju Korealah, minanglah, Jepun, India, gaun kembang, fesyen kemban dan banyak lagi. Sibuklah pengantin, andam dan jurugambar menyediakan pengantin bersolek dan bergaya. Ramailah datang menengok, baik lelaki dan perempuan, saudara atau kenalan.

Yang tidak seronoknya, selalunya pada sesi ini, pengantin yang kalau hariannya memakai tudung, hari ini habis tudung entah ke mana. Maklumlah bergaun barat fesyen 'bare back' mana kena bertudung litup. Begitu juga kalau mengenakan persalinan baju kembang yang kononnya tradisional. Keadaan ini biasanya tidak ditegur dengan alasan tidak mengapa kerana dia pengantin atau kahwin hanya sekali!

Ada juga pengantin bertudung yang bertudung litup waktu akad nikah kononnya untuk mendapat berkat majlis dan lagi kerana ia dilakukan di masjid. Untuk bersanding atau bergaya di pelamin, tudung tidak sesuai lagi sebaliknya rambut disanggul serba lengkap dengan tiara atau mahkota. Baju pula kebaya ketat yang menampakkan lekuk buah dada serta bentuk-bentuknya sekali.

Boleh bergaya dengan baju pengantin tetapi kenapa mesti sampai buka tudung? Kekalkan tudung di kepala dan pastikan baju pengantin mengikut syariat - longgar dan tidak jarang!

Pengantin perempuan sekalian - janganlah buka tudung!!!

Wasiat

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika Itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulung masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank
diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Hobi Menjadi Perniagaan

“Bisnes” atau perniagaan sering dikaitkan dengan modal besar, risiko tinggi dan persaingan. Tetapi ia sebenarnya boleh dimulakan dengan modal yang kecil dan persediaan yang baik dan teliti pasti mampu bersaing dengan baik. Bagaimana?

Langkah pertama:
• Kenalpasti tujuan utama perniagaan kita (business goals). Adakah untuk mendapat wang banyak atau untuk membolehkan kita meluangkan lebih masa dengan keluarga, atau adakah untuk memberi perkhidmatan yang amat diperlukan oleh orang ramai? Ini adalah penting kerana ia akan menjadi batu pengukur kejayaan kita. Mungkin kita tidak mendapat wang berjuta, tetapi jika tujuan kita ialah untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga dan ia tercapai, kita telah berjaya!
• Kenalpasti bentuk perniagaan. Ingat, untuk berjaya dalam perniagaan (dan mana-mana bidang pun), kita harus bersedia bekerja keras. Jangan ambil jalan pintas untuk berjaya dengan melibatkan diri dalam perniagaan “cepat kaya” atau yang menyalahi undang-undang dan agama. Sungguhpun lumayan, adakah ia berkat? Tepuk dada tanya iman…

Hobi menjadi perniagaan

1. Jika gemar memasak, boleh saja buka perkhidmatkan “catering” untuk acara tertentu.
Di rumah saja tidak perlu membuka restoran dengan belanja besar. Atau Anda boleh juga menyediakan kuih-muih dalam bentuk “packs” untuk pejabat-pejabat atau sekolah bagi Hari Sukan, seminar dan sebagainya.
Jika bekerjaya guru, buka pusat tuisyen di rumah. Begitu juga jika kita akauntan, anda boleh menawarkan perkhidmatan nasihat akaun untuk syarikat dari rumah anda.

2. Tawarkan perkhidmatan istimewa (specialty market).
• Jaga orang lepas pantang. Ramai wanita di bandar sukar mendapatkan perkhidmatan selepas bersalin yang baik. Anda boleh menawarkan perkhidmatan ini yang turut menyediakan penjaga bayi dan ibu semasa pantang, khidmat berurut dan makanan semasa berpantang. Lihatlah contoh kejayaan “Confinement Services” bangsa lain yang boleh dijadikan inspirasi.
• Rawatan rambut wanita bertudung? Mungkin mereka lebih selesa datang ke rumah anda yang menyediakan bilik tertutup agar aurat mereka terjaga daripada ke salon luar? Anda juga boleh menawarkan khidmat rumah ke rumah untuk mereka yang kurang upaya atau yang memerlukan perhatian khas.

3. Menjadi agen pemasaran
Terdapat syarikat yang mencari agen untuk memasarkan produk mereka (termasuk UmmikuSayang.com). Anda cuma perlu membuat pelaburan kecil untuk menjadi agen pemasaran mereka. Jika anda menemui produk yang menarik tetapi sukar didapati di tempat anda, hubungi syarikat tersebut untuk mengetahui jika mereka memerlukan agen pemasaran untuk memasarkan produk tersebut.

Agen insurans dan “unit trust” selalu mencari mereka yang boleh menjadi agen mereka. Jika anda berminat dalam bidang perundingan kewangan dan mahu membantu orang lain dalam masalah kewangan, mungin anda boleh mencuba bidang ini.

Anda juga boleh menceburi bidang “multi-level marketing” jika berminat. Tetapi pastikan produk itu adalah sesuatu yang anda percayai juga dan boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

4. Tawarkan perkhidmatan yang diperlukan
Apakah yang amat diperlukan oleh penduduk setempat anda? Adakah mereka mencari penjaga kanak-kanak? Jika ya, mungkin satu peluang untuk memulakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak dari rumah anda? Adakah mereka sukar mendapatkan makanan organic untuk kesihatan? Mungkin anda boleh menjadi pembekalnya? Atau mereka mencari agen menguruskan Haji dan Umrah? Anda menjadi agen untuk bidang ini.

Sertailah persatuan penduduk atau tanyalah mereka yang anda kenali akan apa yang mereka perlukan. Anda mungkin boleh menyelesaikan pencarian mereka dan menjadi usahawan yang berjaya dari rumah!

5. E-Perniagaan
Salah satu perniagaan yang boleh dibuat ialah e-niaga (e-business) di mana anda menjual dan memasarkan produk anda melalui internet. Carilah produk yang boleh dipasarkan dengan mudah melalui internet seperti buku, pakaian, akesessori wanita dan sebagainya. Cari juga produk yang mudah didapati di Malaysia tetapi sukar di luar negara. Contohnya tudung wanita yang berbagai corak mungkin sukar didapati oleh wanita Muslim di negara barat. Begitu juga pakaian kanak-kanak Muslim mungkin amat dicari oleh keluarga Muslim di luar negara.

Layarilah internet untuk mendapat maklumat mengenai permintaan di luar negara dan apa yang diperlukan oleh mereka.

Seperti perniagaan lain, perniagaan dari rumah memerlukan komitment dan ketekunan untuk menjayakannya. Buatlah kajian yang rapi dengan menghadiri kursus-kursus berkaitan keusahawanan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan juga swasta. Ilmu, usaha dan do’a merupakan tangga kepada kejayaan kita, insya Allah.

Wassalam,
Dayang Lily
www.UmmikuSayang.com