Wanita Semasa

Ibu Bapa Wajar Rancang Milik Anak

ILMU perancang kekeluargaan amat mustahak di pelajari untuk membentuk cara dan gaya hidup rumah tangga yang lebih progresif.
s
Perancang ini seharusnya dititikberatkan sebelum perkahwinan dilangsungkan termasuk dari aspek keturunan genetik dan pasangan setaraf.
s
Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Universiti Kerajaan Malaysia (HUKM), Dr. Harlina Halizah Siraj (gambar), berkata, Islam amat menuntut pasangan mahu berumah tangga melakukan perancangan dalam sesuatu tindakan sepanjang kehidupan kekeluargaan.
s
“Perancangan amat mustahak kerana ia memberi peluang kepada pasangan berumah tangga untuk memikirkan apakah persediaan dan komitmen mereka dalam sesuatu perkara.
s
“Tanpa perancangan, banyak kes menunjukkan mereka belum benar-benar bersedia hinggakan kadang-kadang ada yang mencetuskan pelbagai masalah kepada anak-anak.
s
“Perancangan keibubapaan ini adalah satu tanggungjawab berat. Anak mestilah dikehendaki, direncana dan dilayan dengan keadilan sosial serta psikologikal antara anak lelaki dan perempuan.
s
“Kita tidak mahu anak dilahirkan bukan mengikut perancangan bersama tetapi accident yang akhirnya menyebabkan pasangan gagal mendidik anak-anak sebagai anugerah Ilahi yang amat berguna,” katanya.
s
Pakar pendidik kanak-kanak, Profesor Abdel Rahim Omran, menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diutamakan dalam merancang kehidupan berumah tangga.
s
Panduan perancangan yang dinamakan A Ten Point Bill of Reproductive Health oleh beliau itu meliputi pemilihan pasangan, tanggungjawab keibubapaan dan pendidikan anak.
s
Antaranya, beliau menjelaskan bahawa setiap pasangan perlu mengambil kira kedudukan genetik pasangan sebelum berkahwin untuk mengelakkan perkahwinan saudara terdekat (consanguinity).
s
Selain itu, dalam proses kelahiran, anak pertama seeloknya lahir ketika ibu berusia 18 hingga 20 tahun, dan tidak ada lagi kelahiran selepas ibu berusia lebih 40 tahun. Abdel Rahim turut menyarankan agar kehamilan dijarakkan antara tiga hingga empat tahun.
s
Menjelaskan perkara ini, Dr. Harlina berkata, bilangan anak pula mesti ditentukan dengan mengambil kira kesihatan ibu dan keupayaan keluarga dalam mendidik generasi Muslim yang baik, sihat dan bertakwa.
s
Oleh itu katanya, kehamilan berisiko tinggi mestilah dielakkan dan jika berlaku, ia hendaklah mendapatkan jagaan pakar perubatan secara berterusan.
s
Ini kerana, jagaan kesihatan ketika hamil dan ketika melahirkan anak adalah wajib terutama untuk kehamilan pertama.
s
Ia antara lain bagi memastikan ibu berada dalam persekitaran baik dan memastikan tempoh penyusuaan ibu sebagai asas kesihatan bayi, bebas daripada kehamilan.
s
Kaedah kontrasepsi (mengelakkan kehamilan) pula mestilah dipilih selepas kaunseling perubatan dibuat dengan pemantauan berkala.
s
Dalam melakukan perancangan ini, Dr. Harlina mahukan aspek kemampuan dan keupayaan berkeluarga mesti ada pada setiap keluarga.
s
Keupayaan ini meliputi kemampuan fizikal (kesihatan dan kecergasan ibu), ekonomi, budaya (Menyediakan pendidikan sempurna), Keluangan masa dan juga kemampuan Sokongan komuniti (kelengkapan pendidikan, kesihatan, perumahan serta jagaan anak-anak).
s
Beliau berkata, bagi mencapai maksud ini, setiap pasangan perlu mempunyai asas ilmu kekeluargaan termasuk bersedia menambah dan mencari sumber ilmu berkaitan pendidikan anak dan pengurusan rumah tangga.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home