Wanita Semasa

Azizah Sertai Tadarus Al-Quran Sempena Ramadhan Di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 14 Oktober 2005 - Ahli Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa menyertai majlis Tadarus Al-Quran, bersama lebih 200 muslimat yang diadakan di sini, pagi Ahad lalu.
s
Majlis anjuran Wanita Keadilan bahagian itu diadakan sempena bulan Ramadhan di Rumah Ketua Wanita, Hajah Che Wa Harun.
s
Selain majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan zakat, berbuka puasa dan bersembahyang terawih di sekitar masjid dan surau di sini.
s
Azizah menunaikan solat terawih di Masjid Timah dan Masjid Bandar Baru Perda.
s
Selain itu beliau menyertai majlis berbuka puasa di Surau Kampung Petani dan di Masjid Tengah Berapit yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Zahrain Mohd Hashim.
s
Selepas bertadarus, beliau menyampaikan zakat kepada fakir di sekitar kawasan parlimennya.
s
Presiden Keadilan itu turut berkesempatan menziarahi sepuluh keluarga malang dan daif di samping menghulurkan bantuan peribadinya kepada mereka.
s
Tidak terkecuali beliau turut mengunjungi adik Rozana Saidin,21, yang lumpuh setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya setahun lalu. Kisah penderitaannya pernah disiarkan dalam rancangan “ Bersamamu TV3,” baru-baru ini.
s
Selain itu, sebuah keluarga petani Cina di Permatang Nibung yang terlalu daif turut mendapat simpati beliau.
s
Kok Kam,76, menjalani kehidupannya bersama isterinya, Lee Siew Eng,52, yang terencat akal dan sepasang anaknya berusia 25 dan 26 tahun yang turut mengalami nasib yang sama seperti ibu mereka.
s
Keadilan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan sewajarnya daripada pihak-pihak tertentu bagi meringankan penderitaan keluarga tersebut. - Zulkifli Mohamed

0 Comments:

Post a Comment

<< Home