Wanita Semasa

Hobi Menjadi Perniagaan

“Bisnes” atau perniagaan sering dikaitkan dengan modal besar, risiko tinggi dan persaingan. Tetapi ia sebenarnya boleh dimulakan dengan modal yang kecil dan persediaan yang baik dan teliti pasti mampu bersaing dengan baik. Bagaimana?

Langkah pertama:
• Kenalpasti tujuan utama perniagaan kita (business goals). Adakah untuk mendapat wang banyak atau untuk membolehkan kita meluangkan lebih masa dengan keluarga, atau adakah untuk memberi perkhidmatan yang amat diperlukan oleh orang ramai? Ini adalah penting kerana ia akan menjadi batu pengukur kejayaan kita. Mungkin kita tidak mendapat wang berjuta, tetapi jika tujuan kita ialah untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga dan ia tercapai, kita telah berjaya!
• Kenalpasti bentuk perniagaan. Ingat, untuk berjaya dalam perniagaan (dan mana-mana bidang pun), kita harus bersedia bekerja keras. Jangan ambil jalan pintas untuk berjaya dengan melibatkan diri dalam perniagaan “cepat kaya” atau yang menyalahi undang-undang dan agama. Sungguhpun lumayan, adakah ia berkat? Tepuk dada tanya iman…

Hobi menjadi perniagaan

1. Jika gemar memasak, boleh saja buka perkhidmatkan “catering” untuk acara tertentu.
Di rumah saja tidak perlu membuka restoran dengan belanja besar. Atau Anda boleh juga menyediakan kuih-muih dalam bentuk “packs” untuk pejabat-pejabat atau sekolah bagi Hari Sukan, seminar dan sebagainya.
Jika bekerjaya guru, buka pusat tuisyen di rumah. Begitu juga jika kita akauntan, anda boleh menawarkan perkhidmatan nasihat akaun untuk syarikat dari rumah anda.

2. Tawarkan perkhidmatan istimewa (specialty market).
• Jaga orang lepas pantang. Ramai wanita di bandar sukar mendapatkan perkhidmatan selepas bersalin yang baik. Anda boleh menawarkan perkhidmatan ini yang turut menyediakan penjaga bayi dan ibu semasa pantang, khidmat berurut dan makanan semasa berpantang. Lihatlah contoh kejayaan “Confinement Services” bangsa lain yang boleh dijadikan inspirasi.
• Rawatan rambut wanita bertudung? Mungkin mereka lebih selesa datang ke rumah anda yang menyediakan bilik tertutup agar aurat mereka terjaga daripada ke salon luar? Anda juga boleh menawarkan khidmat rumah ke rumah untuk mereka yang kurang upaya atau yang memerlukan perhatian khas.

3. Menjadi agen pemasaran
Terdapat syarikat yang mencari agen untuk memasarkan produk mereka (termasuk UmmikuSayang.com). Anda cuma perlu membuat pelaburan kecil untuk menjadi agen pemasaran mereka. Jika anda menemui produk yang menarik tetapi sukar didapati di tempat anda, hubungi syarikat tersebut untuk mengetahui jika mereka memerlukan agen pemasaran untuk memasarkan produk tersebut.

Agen insurans dan “unit trust” selalu mencari mereka yang boleh menjadi agen mereka. Jika anda berminat dalam bidang perundingan kewangan dan mahu membantu orang lain dalam masalah kewangan, mungin anda boleh mencuba bidang ini.

Anda juga boleh menceburi bidang “multi-level marketing” jika berminat. Tetapi pastikan produk itu adalah sesuatu yang anda percayai juga dan boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

4. Tawarkan perkhidmatan yang diperlukan
Apakah yang amat diperlukan oleh penduduk setempat anda? Adakah mereka mencari penjaga kanak-kanak? Jika ya, mungkin satu peluang untuk memulakan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak dari rumah anda? Adakah mereka sukar mendapatkan makanan organic untuk kesihatan? Mungkin anda boleh menjadi pembekalnya? Atau mereka mencari agen menguruskan Haji dan Umrah? Anda menjadi agen untuk bidang ini.

Sertailah persatuan penduduk atau tanyalah mereka yang anda kenali akan apa yang mereka perlukan. Anda mungkin boleh menyelesaikan pencarian mereka dan menjadi usahawan yang berjaya dari rumah!

5. E-Perniagaan
Salah satu perniagaan yang boleh dibuat ialah e-niaga (e-business) di mana anda menjual dan memasarkan produk anda melalui internet. Carilah produk yang boleh dipasarkan dengan mudah melalui internet seperti buku, pakaian, akesessori wanita dan sebagainya. Cari juga produk yang mudah didapati di Malaysia tetapi sukar di luar negara. Contohnya tudung wanita yang berbagai corak mungkin sukar didapati oleh wanita Muslim di negara barat. Begitu juga pakaian kanak-kanak Muslim mungkin amat dicari oleh keluarga Muslim di luar negara.

Layarilah internet untuk mendapat maklumat mengenai permintaan di luar negara dan apa yang diperlukan oleh mereka.

Seperti perniagaan lain, perniagaan dari rumah memerlukan komitment dan ketekunan untuk menjayakannya. Buatlah kajian yang rapi dengan menghadiri kursus-kursus berkaitan keusahawanan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan juga swasta. Ilmu, usaha dan do’a merupakan tangga kepada kejayaan kita, insya Allah.

Wassalam,
Dayang Lily
www.UmmikuSayang.com

2 Comments:

  • mencari ejen jualan kelengkapan haji dan umrah. sila emel di (marketing@binnurdin.com)

    By Blogger Unknown, at 11:23 PM  

  • layari facebook kami di www.facebook.com/binnurdin

    By Blogger Unknown, at 11:24 PM  

Post a Comment

<< Home