Wanita Semasa

Pengantin Ponteng Solat

Tulisan: Annah

Mula bersolek jam 10 pagi. Kalau bertudung, tidak perlu risau mendandan rambut atau masalah sanggul. Masalah utama sekarang ialah mekap. Mekap pengantin bukan seperti biasa. Mekap mak andam yang dibayar mahal! Wajah 'ditampal' bedak asas tebal, dilekap bulu mata palsu, hidup tampil mancung setelah dishading. Hebat betul kita.

Kerana keadaan yang kononnya remeh, remeh untuk membasuh muka kemudian berwuduk untuk sembahyang zuhur, ramai pengantin (terutama perempuan) yang tidak sembahyang zuhur. Lagi teruk sehari suntuk hari itu, lima waktu sembahyang pun ada yang ponteng. Di tanya orang, kata saja diri uzur.

Ada yang kata dia tetap bersolat kerana sebelum bersolek sudah ambil wuduk. Ada yang pernah buat begini? Sila ceritakan pada wanitakini praktikalitinya. Hendak juga berkongsi. Tentu hebat dapat menjaga wuduk seperti buang angin, kencing atau tersentuh pengantin lelaki.

Wanitakini mencadangkan supaya pengantin perempuan tidak bersolek berlebih-lebih kerana bersolek itupun berdosa di sisi agama. Mungkin untuk seri, cukup sekadar bedak. Kecantikan semulajadi pasti lebih terserlah. Lagipun pengantin, tetap ada serinya yang tersendiri. Kata orang seri pengantin!

Di hari bahagia penuh berkat itu, jangan kita tidak bersolat semata-mata kerana kita pengantin baru atau sayang hendak buang mekap. - www.wanitakini.net

0 Comments:

Post a Comment

<< Home