Wanita Semasa

Barah pangkal rahim (serviks) - ambillah ujian pap smear

Bersama Dr Fairuz A'shikin Abd Kadir, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), Shah Alam.

Pangkal rahim adalah bahagian tirus di bawah rahim, yang menyambungkan rahim ke faraj. Ia adalah sebahagian dari sistem reproduktif wanita.

Barah pangkal rahim atau serviks merupakan Kanser ke 2 tinggi di menyerang warga Malaysia. Ia menyumbang kepada kematian utama di kalangan barah wanita. Barah ini biasa mengambil masa bertahun sebelum dikesan. Mungkin yang bagusnya, kanser ini dapat dikesan sebelum perubahan malignan / kanser pada sel berlaku yang di kenali sebagai displasia. Sel kanser akan bertambah dan merebak ke dalam lagi dan keseluruhan pelvis.

Siapa yang berisiko mengidap barah serviks?
Para doktor tidak dapat meramalkan siapa yang akan atau tidak mendapat kanser. Tetapi para saintis telah mengkaji tabie barah dan mengenal pasti fakta kelakuan dan persekitaran yang akan meningkatkan cansa mendapat kanser. Faktor risiki adalah peluang seseorang mendapat sesuatu penyakit. Faktor pencegahan adalah perkara yang dapat mengurangkan cansa mendapat penyakit.

Sebahagian faktor risiko boleh dielakkan, sebahagian tidak. Contohnya: kita boleh berhenti merokok, tetapi faktor keturunan tidak dapat dielakkan.

Pencegahan adalah mengelak atau menjauhi dari faktor risiko dan meningkatkan pengawalan faktor risiko untuk mengelakkan dari barah.

Walau banyak faktor risiko dapat dielakkan, harus diingat ini tidak menjamin anda tidak akan mendapati kanser. Ada juga yang mempunyai faktor risiko dan tidak mendapat kanser. Cuma ada orang yang lebih peka dari yang lain.

SIAPA YANG RISIKO MENHIDAP KANSER SERVIKS

• Semua wanita sehingga umur 65 tahun. Kadar barah serviks ini memuncak pada umur 35 tahun dan 65 tahun
• Wanita yang aktif hubungan kelamin: sama ada bujang atau berkahwin

WANITA YANG BERISIKO TINGGI - WANITA YANG MEMPUNYAI TANDA –TANDA:

• Keluar darah dari faraj : antara haid, selepas hubungan kelamin
• Discaj yang berbau

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

1. Sejarah kehamilan: Mempunyai bilangan kelahiran yang tinggi (7 atau lebih) meningkatkan risiko barah serviks.

2. Penggunaan pil pernacang kehamilan: Dikaitkan penggunaan pil perancang kehamilan lebih 5 tahun dengan peningkatan risiko barah serviks.

3. Sejarah pengesanan : Kerap melakukan pemeriksan ginekologi dan ujian Pap dapat mengelak dari barah serviks. Perubahan abnormal dalam pangkal rahim dapat dikesan melaui ujian Pap, dan rawatan awal dapat di lakukan sebelum timbul barah.Wanita yang tidak melakukan Ujian Pap berjadual menambah risiko untuk barah serviks.

4. Merokok: merokok dikaitkan dengan barah serviks.

5. Diet: Ada kajian merumuskan beberapa mikronutrients (vitamin dan mineral) mungkin mengurangkan risiko tapi belum terbukti.

6. Tabiat seks – permulaan hubungan kelamin pada umur yang awal, mempunyai pasangan rambang, hubungan bersama pasangan yang mempunyai sejarah seks rambang mempunyai risko tinggi mendapat HPV dan barah serviks.

7. Agen jangkitan – virus human papilloma adalah risiko utama. Terdapat 80 jenis human papillomavirus (HPV). Lebih kurang 30 jenis adalah dari hasil hubungan kelamin (virus dipindah dari seseorang ke seseorang melalui hubungan kelamin) dan boleh menjangkiti pangkal rahim. Saparuh dari jangkitan ini dikaitkan dengan barah pangkal rahim. Tetapi, jangkitan HPV tersangat biasa dan cuma segelintir wanita yang dijangkiti yang tidak dirawat akan mendapat kanser.

8. Kebersihan diri : kurang penjagaan kebersihan terutama bahagian kelamin.

9. Sosioekonomi rendah : buruh, kelindan lori.

MERENDAHKAN RISIKO - Menjalani progam pengesanan

• menjangkau usia 60 tahun, Pap Smear normal.
• mengelak faktor risiko tersebut di atas

PROGRAM PENGESANAN
UJIAN PAP SMEAR

* Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan serviks diletakkan di atas slaid kaca
* Makmal – Ujian mikroskopik


KEPUTUSAN
• Normal
• Tidak normal
• Prakanser

KEKERAPAN
• 3 tahun - 91% pengesanan prakanser
• 1 tahun – 93%

DI MANA?
• Klinik Swasta
• Klinik perancang keluarga
• Pusat perubatan.

RAWATAN
• Bergantung pada tahap kanser

• Pembedahan : peringkat awal

• Rawatan radioterapi : peringkat advans

• rawatan susulan mesti untuk mengesan kanser berulang

www.wanitakini.net

2 Comments:

  • salam...tq dr..info yang sangat bermakna..
    saya nak tanya satu soalan..
    saya telah berkawen selama setahun lebih, saya perasan sejak akhir2 nie apabila saya n suami melakukan hubungan suami-istri, saya akn trasa sangat gatal pada bahagian alat kelamin terutamanya apabila air keluar dr alat kelamin saya..kegatalan tersebut mnyebabkan saya mgaru sehingga sebabkn luka pada bahagian sulit saya..kegatalan tersebut mengambil masa yang kekadang dlm berminggu dan hilang ngan sendirinya..apakah punca masalah nie?

    By Anonymous Anonymous, at 9:51 AM  

  • Adakah wanita yang monopause lebih terdedah kepada risiko kanser ini?

    By Anonymous Nor Fadzilah, at 11:49 PM  

Post a Comment

<< Home